Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara seumur hidup dek bunuh isteri di UK letih secara mental dan fizikal selepas terjatuh, kata hakim

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Seorang lelaki Singapura yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh isterinya ketika bercuti di United Kingdom (UK) "secara mental dan fizikal" keletihan akibat terjatuh awal dari itu, dan tindakannya terhadap mangsa tidak dirancang terlebih dahulu, kata hakim UK.

Namun dalam minit-minit Fong Soong Hert, 51 tahun, menekap muka mangsa dengan bantal, dia "mula ada niat untuk membunuh" tambah Hakim Paul Sloan QC pada Jumaat (12 Ogos) apabila menyampaikan penghakimannya.
Salah seorang daripada tiga anak lelaki pasangan itu membacakan kenyataan di mahkamah.

"Semua anggota keluarga ibu amat berduka dan merinduinya setiap hari."

Menurutnya beliau dan adik-beradiknya komited untuk menyokong bapa mereka sebaik mungkin selepas memberitahu hakim bahawa semua orang yang mengenali pasangan itu "boleh lihat bagaimana mereka sayang satu sama lain".

Pasukan pembelaan memberitahu mahkamah bahawa Fong "bingung, kecewa dan patah hati". Dia juga tidak ingat apa yang berlaku di bilik itu pada malam berkenaan.
Semasa hukuman dijatuhkan pada Jumaat (12 Ogos) Hakim Sloan berkata amat jelas defendan mengalami ketidakselesaan yang ketara dan keletihan secara "mental dan fisikal" sambil merujuk bahawa Fong terjatuh semasa dalam perjalanan di Scotland sebelum kematian Pek Ying Ling.

Menurutnya "tidak ada perancangan terlebih dahulu" dalam serangan itu dan Fong adalah "lelaki yang baik".

Bagaimanapun, beliau pasti dalam minit-minit Fong menekap muka isterinya dengan bantal, dia "mula ada niat untuk bunuh".
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan