Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara setahun kerana perbuatan tidak senonoh terhadap anak tiri berusia 8 tahun

Seorang pesalah dadah dihukum penjara 12 bulan pada Rabu (30 Jun), kerana melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap anak lelaki tirinya yang berusia lapan tahun ketika itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang pesalah dadah dihukum penjara 12 bulan pada Rabu (30 Jun), kerana melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap anak lelaki tirinya yang berusia lapan tahun ketika itu.

Dia dalam keadaan khayal ketika melakukan perbuatan tersebut.

Lelaki 39 tahun itu, tidak boleh didedahkan namanya kerana perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa yang kini berusia 11 tahun. Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Mahkamah diberitahu bahawa ibu kandung kanak-kanak itu yang berusia 33 tahun, menghubungi polis pada 27 Mei tahun lalu mengenai perbuatan suaminya. Ketika itu tertuduh sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan dadah. Dua hari sebelum membuat panggilan itu, wanita tersebut mendapat tahu tentang penderaan seksual yang dialami anak sulungnya.

Wanita itu mengahwini lelaki tersebut pada 2017 dan bersama empat lagi anaknya tinggal sebumbung.

Pada 25 Mei tahun lalu, anak lelakinya memberitahu bahawa pada Mei 2019, bapa tirinya menunjukkan sebuah video lucah melibatkan dua lelaki.

Setelah ditanya lebih lanjut, budak itu memberitahu ibunya bahawa bapa tirinya juga meraba alat sulit budak berkenaan pada hari yang sama.

Siasatan polis kemudian mendedahkan bahawa budak lelaki itu sedang tidur bersama dua lagi adiknya apabila dikejutkan bapa tirinya untuk menonton video tersebut.

Bapa tirinya kemudian menghentikan video itu separuh jalan lalu menanggalkan seluar kanak-kanak itu sambil mula meraba alat sulit budak tersebut.

Dia meninggalkan bilik tidur itu apabila budak tersebut enggan membuat apa yang diarahkannya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Colin Ng berkata semasa siasatan dijalankan tertuduh mendakwa dirinya "dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah".

Dalam memohon bagi hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun, DPP Ng berkata tertuduh " secara terang-terangan dan teruk mencabuli kepercayaan" mangsa.

Lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau didenda sehingga S$10,000, atau kedua-dua hukuman itu. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan