Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara serang dua beradik; wajah seorang mangsa jadi cacat

Seorang warga emas yang mencederakan seorang lelaki dengan botol bir yang pecah di sebuah kedai kopi di Bukit Batok dipenjara lima tahun, dua bulan dan 33 hari, hari ini (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara serang dua beradik; wajah seorang mangsa jadi cacat

Tukul kayu mahkamah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Mar 2019 10:20PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 10:24PM

SINGAPURA: Seorang warga emas yang mencederakan seorang lelaki dengan botol bir yang pecah di sebuah kedai kopi di Bukit Batok dipenjara lima tahun, dua bulan dan 33 hari, hari ini (11 Mac).

Lee Kim Teck, 60 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya dan sengaja menyebabkan kecederaan yang teruk. Dua lagi tuduhan melakukan jenayah khianat juga diambil dalam pertimbangan dalam menetapkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Lee sedang minum bir bersama kawan-kawannya di sebuah kedai kopi di Blok 155, Bukit Batok Street 11, pada malam 8 April tahun lepas.

Selepas rakan-rakannya meninggalkan tempat itu pada sekitar jam 11.20 malam, dia bertanya kepada sepasang adik beradik Ang Buk Kee, 42 tahun, dan Paul Ang Buk Hoe, 47 tahun, jika mereka boleh duduk semeja.

Tidak lama kemudian, Lee tersinggung dengan salah satu komen dibuat oleh Ang Buk Kee lalu mencabarnya untuk berlawan.

Meskipun Ang Buk Kee tidak menyahut cabarannya itu, Lee tetap menyerang kedua-dua beradik, termasuk menolak Ang Buk Kee ke lantai dan menendang serta menumbuk mukanya berkali-kali.

Lee kemudian memukul kepala mangsa dengan botol bir kaca yang pecah akibat impak hentaman itu.

Mangsa dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan didapati mengalami beberapa keretakan dan luka parah di mukanya serta luka-luka di tangan.

Abangnya pula dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dengan luka pada bahagian bibir dan hidung serta keretakan di sekeliling matanya.

Mahkamah diberitahu, Lee melakukan kesalahan itu semasa dalam tempoh pengampunan bagi satu lagi kesalahan, yang mana dia menumbuk seorang lelaki di perhentian bas pada Disember 2017. 

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan