Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara sengaja batuk ke arah rakan sekerja selepas diuji positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara sengaja batuk ke arah rakan sekerja selepas diuji positif COVID-19

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY

SINGAPURA: Walaupun tahu bahawa dia baru sahaja diuji positif COVID-19, seorang pekerja pembersihan sengaja batuk ke arah rakan-rakan sekerjanya dan menurunkan pelitup mukanya untuk berbuat demikian.

Tamilselvam Ramaiya, rakyat Singapura berusia 64 tahun, dihukum penjara dua minggu pada Isnin (18 Sep). Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melanggar peraturan COVID-19 dengan tidak memakai pelitup yang menutup hidung dan mulutnya ketika di luar rumah.

Lagi dua tuduhan turut dipertimbangkan.

Mahkamah mendengar bahawa Tamilselvam telah bekerja sebagai pekerja pembersihan di bawah Leong Hup Singapore pada ketika itu.

Setelah melaporkan diri di tempat kerjanya di 6 Senoko Way pada pagi 18 Oktober 2021, dia memberitahu penolong pengurus logistik bahawa dia berasa kurang sihat. Dia kemudian diminta untuk mengambil ujian pantas antigen (ART).

Seorang rakan kerja membuat ujian tersebut ke atas Tamilselvam dan setelah mengambil ujian tersebut, dia disahkan positif COVID-19.

Atas sebab itu, dia diberitahu untuk pulang ke rumah dan untuk memberitahu penolong pengurus logistik tentang keputusan ujiannya.

Namun, Tamilselvam tidak langsung pulang ke rumah. Sebaliknya, dia ke pejabat logistik syarikatnya untuk memberitahu penolong pengurus logistik tentang keputusan ujian COVID-19 itu.

Tamilselvam memasuki pejabat itu bersama pemandu syarikat tersebut yang tidak tahu bahawa Tamilselvam telah menjangkiti COVID-19.

Mangsa pertama, iaitu penyelia logistik berusia 40 tahun, memberitahu pemandu tersebut untuk tidak menghampiri Tamilselvam. Penyelia tersebut juga menyuruh Tamilselvam untuk meninggalkan pejabat tersebut dan membuat isyarat ibarat menendangnya keluar.

Tamilselvam pun jalan terhadap pintu keluar tetapi pusing terhadap mereka dan batuk sebanyak dua kali ke dalam pejabat tersebut dengan pelitupnya

Penyelia itu kemudian menutup pintu pejabatnya, tetapi Tamilselvam membukanya. Dia pun menurunkan pelitupnya dan membatuk ke dalam pejabat itu untuk kali ketiga sebelum meninggalkannya.

Kelakuan itu dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam pejabat berhawa dingin dan tertutup itu.

Apabila dia sedang meninggalkan pejabat itu, dia pun lalu sebuah tingkap di mana seorang kerani berusia 56 tahun berada di dalam pejabat logistik tersebut.

Dia membuka tingkap tersebut, batuk ke arahnya dan berkata "kena COVID, kena COVID".

Rakan-rakan sekerjanya yang mana Tamilselvam batuk ke arah mereka berasa cemas kerana mereka tahu dia dijangkiti COVID-19.

Kerani tersebut adalah pesakit dialisis yang menghadapi masalah jantung dan buah pinggang itu. Beliau membuat ujian ART setelah Tamilselvam batuk ke arahnya.

Tiada mangsa yang disahkan positif COVID-19.

Pengurus logistik tersebut membuat aduan polis berhubung kejadian tersebut.

Semasa siasatan, Tamilselvam berkata bahawa dia batuk ke arah rakan-rakan sekerjanya atas dasar gurauan. Dia juga berkata bahawa dia tidak memandang serius keputusan ujian itu dan melawat poliklinik untuk pastikan bahawa dia dijangkiti COVID-19.

Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana berkata bahawa ini "bukan isu yang boleh dijadikan bahan gurauan" dan bahawa Tamilselvam telah melanggar arahan untuk meninggalkan kawasan, tetapi sebaliknya kembali untuk batuk ke arah rakan-rakan sekerjanya dengan sengaja.

Beliau meminta hukuman penjara tiga hingga empat minggu, dan berkata bahawa tindakannya itu dibuat pada masa Singapura sedang mengalami lonjakan baharu kes COVID-19, yang menyebabkan sekatan COVID-19 yang ketat.

Atas kesalahan melanggar peraturan COVID-19, dia boleh berdepan hukuman penjara sehingga enam bulam, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-dua sekali.
Sumber : Today/SF/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan