Skip to main content

Singapura

Lelaki dipenjara seludup 7 kura-kura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua minggu pada Rabu (5 Ogos) kerana menyeludup tujuh ekor kura-kura (leopard tortoise) di dalam lorinya di Pusat Pemeriksaan Woodlands bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara seludup 7 kura-kura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua minggu pada Rabu (5 Ogos) kerana menyeludup tujuh ekor kura-kura (leopard tortoise). (Gambar: ICA/Facebook)

Diterbitkan : 07 Aug 2020 10:56AM Dikemas Kini : 07 Aug 2020 10:59AM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua minggu pada Rabu (5 Ogos) kerana menyeludup tujuh ekor kura-kura (leopard tortoise) di dalam lorinya di Pusat Pemeriksaan Woodlands bulan lalu.

Arumugam Achunniah, 42, mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport), kerana mengimport spesies dilindungi tanpa permit dari Ketua Pengarah Kawalan Perdagangan Haiwan Liar.

Kura-kura (leopard tortoise) itu, yang berasal dari timur dan selatan Afrika, mendapat namanya daripada penanda di cangkerangnya.

Kura-kura spesies itu merupakan haiwan dilindungi di bawah Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam (Cites), satu perjanjian berbilang hala untuk melindungi tumbuhan dan haiwan liar yang terancam.

Arumugum ialah seorang pemandu penghantaran yang sepatutnya menghantar barangan tisu ke sebuah syarikat Singapura, menurut mahkamah.

Seorang kenalan yang tinggal di kejiranan sama di Johor, Malaysia, memintanya untuk membantu menghantar kura-kura itu ke Singapura dan menghantarnya kepada seorang saudara rakyat Singapura.

Arumugam sepatutnya berjumpa dengan saudara rakyat Singapura kepada jirannya setelah melepasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan sepatutnya dibayar antara S$20 dengan S$50.

Tidak jelas sama ada lelaki rakyat Singapura itu didakwa.

ICA menyatakan dalam satu catatan di Facebook bahawa bulan lalu, Wildlife Reserves Singapore sudah merampas kura-kura itu.

Arumugam boleh dikenakan denda sehingga S$500,000, atau dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita