Lelaki dipenjara sebulan kerana tipu pasar raya; guna mesin layan diri dapatkan barang runcit secara percuma
Anggaran Waktu Membaca:
Chang Ka Phin tiba di Mahkamah Negara pada 9 Oktober 2025. (Gambar: CNA/Lim Li Ting)
SINGAPURA: Seorang lelaki menggunakan mesin layan diri di pasar raya Giant untuk membuat bayaran bagi minuman yang diambil dan berpura-pura membayar bagi beberapa barangan lain, tetapi dia akhirnya meninggalkan pasar raya tersebut tanpa membuat bayaran untuk barangan lain.
Dia menggunakan kaedah tersebut lebih 20 kali dan menipu pasar raya Giant sebanyak 143 barangan - yang bernilai kira-kira S$534 - namun dia akhirnya ditangkap setelah seorang pekerja menyedari tingkah lakunya mencurigakan dan meminta resit bayaran.
Warga Singapura, Chang Ka Phin, berusia 47 tahun, dipenjara sebulan pada Khamis (9 Okt) atas satu tuduhan melakukan penipuan.
Mahkamah diberitahu Chang pergi ke pasar raya Giant di Blok 883 Woodlands Street 82, sebanyak 26 kali antara Januari dengan Mac tahun ini.
Dia akan mengambil beberapa barang daripada rak dan kemudian menuju ke mesin layan diri.
Dia akan mengimbas kesemua barang itu, kemudian membatalkan imbasan barang-barang tersebut.
Chang kemudian akan mengimbas kod bar bagi minuman berharga 50 sen atau 70 sen, supaya pembelian kesemua barangannya diluluskan walaupun dia hanya membayar 50 sen atau 70 sen bagi minuman tersebut.
Chang mengulangi kaedah itu sehingga 21 Mac, apabila dia sekali lagi menggunakan mesin layan diri di pasar raya tersebut.
Seorang pegawai pencegahan kerugian melihat tingkah laku Chang yang mencurigakan dan menunggunya di luar.
Apabila Chang keluar dari pasar raya berkenaan, pegawai itu menahannya dan memohon untuk melihat resitnya.
Chang tidak menunjukkan resitnya, justeru seorang pekerja pasar raya yang lain mencetak resitnya.
Resit itu menunjukkan dia membayar bagi satu minuman, tetapi beberapa barangan lain ditemui dalam begnya.
Siasatan lanjut mendedahkan kesalahan penipuan yang dilakukan sebelum ini.
Chang sudah pun membuat bayaran kembali sepenuhnya.
Dia yang tidak diwakili oleh peguam mengemukakan rayuan pengurangan hukuman bertulis kepada mahkamah, yang tidak dibacakan di mahkamah.
Apabila ditanya jika dia ada apa-apa lagi untuk dikatakan, dia berkata: "Saya hanya berdoa agar saya tidak masuk penjara. Saya benar-benar menyesal atas apa yang saya lakukan."
Hakim memberitahunya bahawa dia boleh dikenakan penahanan wajib atau hukuman penjara bagi kesalahannya itu, dan persoalannya kini adalah untuk berapa lama.
Hakim juga berkata beliau tidak mengabaikan fakta bahawa terdapat 26 kejadian penipuan, tetapi menarik perhatian bahawa ia melibatkan jumlah yang "tidak begitu ketara" dan Chang sudah pun membayar balik sepenuhnya.
Atas kesalahan penipuan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Disebabkan tuduhan terhadapnya digabungkan, ini bermakna ia melibatkan beberapa kejadian kesalahan yang sama, justeru hukuman maksimumnya boleh digandakan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.