Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara sebab hendap bekas kaunselor selama sebulan, ganggu guru prasekolah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 30 tahun dengan sejarah kesalahan gangguan, pada Isnin (11 Mac) dijatuhkan hukuman penjara 41 minggu kerana menghendap bekas kaunselornya dan melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang guru prasekolah.

Muhammad Fathurrahman Mohd Adzlan, seorang warga Singapura, mengaku bersalah atas satu tuduhan menghendap dan satu lagi tuduhan menyebabkan gangguan, rasa cemas dan tekanan.

Mangsanya tidak boleh dinamakan disebabkan perintah mahkamah untuk melindungi identiti mereka.

Lelaki tersebut baru dipenjara enam bulan pada 2022 kerana memberi maklumat palsu kepada polis, bahawa ibu saudaranya membuat bom.

Menurut laporan psikiatrik daripada Institut Kesihatan Mental (IMH), dia tidak mengalami penyakit mental yang didiagnosis sebelum ini ketika melakukan kesalahan. Dia sedar tentang kesalahan yang dilakukannya.

KIRIM MESEJ KEPADA MANGSA, RAKAN KERJANYA

Mahkamah diberitahu bahawa Fathurrahman menghadiri sesi kaunseling dikendalikan mangsa pertama pada 2012.

Pada Julai tahun lalu, dia bermimpi bahawa wanita tersebut menangis dan Fathurahman memohon maaf kepadanya.

Disebabkan dia tidak pernah mengalami mimpi sedemikian, Fathurrahman menganggapnya sebagai "petanda" dan membuat keputusan untuk menghubungi mangsa.

Dia mula mengendap mangsa pada 18 Julai 2023, dengan mengirimkan mesej .

Fathurrahman juga menelefonnya dan mengirimkan lebih banyak mesej Whatsapp, yang menyebabkan mangsa menyekatnya.

Selepas mangsa menyekat nombornya, dia mengirimkan e-mel tanpa henti, menghantar mesej dan video melalui Whatsapp kepada majikannya, dan meninggalkan komen di Instagram.

Fathurrahman memindahkan S$50 kepadanya melaui PayNow pada 4 Ogos, yang disertakan mesej dengan namanya dan permohonan maaf. Dia mengulangi perbuatan tersebut pada 18 dan 20 Ogos dengan masing-masing memindahkan S$0.20 dan S$0.01.

Mangsa memulangkan wang tersebut.

Disebabkan perbuatannya, mangsa tidak rasa selamat untuk meninggalkan rumah dan membuatnya rasa bimbang ketika membuat perjalanan pergi dan balik daripada tempat kerja. Mangsa bimbang Fathurahman akan muncul dan kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Akhirnya Fathurrahman berhenti menghubunginya apabila mangsa memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadapnya atas gangguan tersebut, dan selepas dia sedar mangsa mempunyai pasangan.

DIGANGGU DI PRASEKOLAH

Dalam kejadian berasingan pada 9 Januari, mangsa kedua Fathurrahman yang bertugas sebagai seorang guru di sebuah prasekolah di Pasir Ris, melihat Fathurrahman sedang menjenguk ke dalam sekolah menerusi tingkap.


Mereka yang disabit kesalahan menghendap boleh didenda sehingga S$5,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah menyebabkan gangguan, cemas dan tekanan boleh didenda sehingga S$5,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Fathurrahman boleh menerima hukuman dua kali ganda bagi setiap kesalahan disebabkan sabitan berulangnya.
Apabila guru tersebut memberitahu Fathurrahman bahawa dia menakutkan kanak-kanak tersebut, dia menjadi marah dan bertanya dengan nada yang kuat sama ada guru itu seorang Melayu/Islam.

Wanita tersebut, yang memakai tudung, mengangguk sebagai respons.

Fathurrahman kemudian kembali ke prasekolah itu dan memberitahunya: "Awak pengganas, kenapa awak bekerja di sini? Saya akan mengadu tentang awak."


Guru itu membuat laporan polis pada keesokan hari. Fathurrahman diberkas di pusat beli-belah Downtown East pada 19 Januari.

KEPUTUSAN PSIKIATRI

Dia kemudian direman di IMH selama kira-kira dua minggu dan diperiksa oleh Dr Stephen Phang sebanyak tiga kali.

Menurut laporan pakar psikiatri, Fathurrahman disahkan mengalami gangguan personaliti antisosial serta gangguan obsesif kompulsif pada 2014. Dia juga didapati mengalami gangguan psikotik ringkas pada 2021.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan