Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara perdaya mangsa beli tiket bas VTL S'pura-M'sia di Carousell

Seorang lelaki berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan minggu kerana menipu mangsa untuk membeli tiket bas bagi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara perdaya mangsa beli tiket bas VTL S'pura-M'sia di Carousell

(Gambar hiasan: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan minggu kerana menipu mangsa untuk membeli tiket bas bagi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) Singapura-Malaysia.

Muhammad Solehudin Abu disiasat kerana memperdaya tiga mangsa di wadah e-dagang Carousell apabila dia tidak mempunyai satu pun tiket bas untuk dijual, menurut polis pada Isnin (22 Ogos).

"Selepas menerima bayaran daripada mangsa, lelaki itu tidak lagi dapat dihubungi dan dia memadamkan penyenaraiannya dari Carousell," menurut polis dalam satu kenyataan media.

VTL darat Singapura-Malaysia dilancarkan pada November 2011, sekali gus membolehkan pelawat untuk menyeberang sempadan tanpa perlu menjalani kuarantin COVID-19 di kedua-dua negara sekiranya mereka membuat perjalanan melalui Koswe menaiki khidmat bas yang ditetapkan.

Apabila tempahan pertama kali dibuka, pelawat terpaksa beratur panjang dan menghadapi masalah mendapatkan tiket di laman web dua syarikat bas yang ditetapkan dek permintaan tinggi untuk tiket perjalanan VTL itu.

Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Polis menegaskan pihaknya memandang serius individu yang terbabit dalam penipuan dan pesalah akan ditangani mengikut undang-undang.

Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat pembelian online dan mendapatkan perlindungan pembeli dengan menggunakan pilihan pembayaran yang melepaskan bayaran kepada penjual hanya apabila penghantaran sudahpun dipenuhi.

"Seberapa boleh, elak daripada membuat bayaran pendahulan atau pemindahan bank secara langsung kepada penjual," nasihat polis.

"Penipu mungkin menarik pembeli untuk menghubungi mereka secara langsung menerusi platform mesej seperti WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan khidmat jual beli lebih baik serta pantas sekiranya pembayaran pemindahan bank dibuat secara langsung kepada mereka.

"Mereka juga mungkin menggunkana sebuah akaun bank tempatan atau menyediakan salinan NRIC atau lesen pemandu untuk membuat anda percaya bahawa mereka adalah penjual sebenar," menurut polis sambil menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan seumpama itu.

Bagi lebih banyak maklumat tentang penipuan, orang ramai boleh melayari www.scamalert.sg atau menghubungi Talian Hotline Antipenipuan di 1800-722-6688.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang penipuan seumpama itu boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat online.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan