Lelaki dipenjara pandu kereta ke laluan pejalan kaki, gunakan besi serang lelaki yang pegang tangan isterinya
Anggaran Waktu Membaca:

Blok 419 Yishun Avenue 11. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Gara-gara marah melihat isterinya berpegangan tangan dengan seorang lelaki berdekatan dengan sebuah kedai kopi, Wong Choo Boon mengambil alat besi dari keretanya untuk menyerang lelaki itu di bahagian telinganya.
Kemudian, apabila Wong melihat isterinya dan mangsa terbabit masih berpegangan tangan, dia memandu keretanya ke laluan pejalan kaki dalam percubaan untuk membawa isterinya pulang ke rumah bersamanya.
Para Rabu (21 Ogos), Wong, rakyat Singapura berusia 53 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu dan dilarang daripada memegang lesen memandu selama setahun selepas dibebaskan.
Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan memandu keretanya dalam keadaan terburu-buru dan sengaja menyebabkan kecederaan dengan sebuah alat.
Lagi satu tuduhan menggunakan kuasa jenayah juga diambil kira dalam menjatuhkan hukuman itu.
APA YANG BERLAKU
Pada 26 Februari tahun ini, isteri Encik Wong, yang dikenali sebagai Mary, 54 tahun, bertemu dengan seorang rakan lelaki untuk makan malam di sekitar Blok 419 Yishun Avenue 11.
Rakan tersebut, yang merupakan mangsa terbabit, berusia 49 tahun. Namanya tidak didedahkan dalam kertas mahkamah.
Pada kira-kira pukul 1.00 pagi, apabila mereka ingin pulang, Mary membawa basikalnya di laluan pejalan kaki Blok 419 sementara mangsa tersebut berjalan bersebelahannya.
Pada masa yang sama, Wong sedang memandu di Yishun Avenue 11 apabila dia ternampak isterinya dengan lelaki tersebut.
Dia juga ternampak mangsa tersebut "seolah-olah ingin mencium Mary", nyata kertas mahkamah.
Wong memberhentikan keretanya lalu bersemuka dengan pasangan tersebut. Wong memarahi mereka dan bertanya mengapa mereka sedang berpegangan tangan dan sama ada mereka mempunyai hubungan sulit.
Kedua-dua mereka menafikan dakwaan itu dan mereka mula bertengkar.
Wong berjalan ke keretanya, membuka but dan menemui alat di dalamnya. Alat itu ialah besi menunda kenderaan sekurang-kurangnya 21 sentimeter panjang dan berat kira-kira 800 gram.
Dia mengambil alat itu lalu berjalan kembali ke tempat Mary dan mangsa terbabit berdiri dengan niat untuk bergaduh dengan mangsa tersebut.
Pada ketika ini, seorang saksi yang tinggal di tingkat 11 di salah satu daripada blok HDB di Yishun Avenue 11, mengeluarkan telefonnya untuk merakamkan kejadian itu.
Wong berjalan dengan tergesa-gesa dan agresif ke arah kedua-duanya dengan alat tersebut di tangannya.
Apabila Mary cuba menghalang Wong daripada mendekati mangsa itu, Wong menolaknya sekali, menyebabkan dia terjatuh.
Dia mengalami luka lecet pada lutut kiri dan kawasan siku kirinya. Wong kemudian memukul mangsa sekali di telinga kirinya dengan alat itu. Telinga mangsa terbabit mula berdarah.
Wong terus bertengkar dengan kedua-duanya. Sebelum pergi, Wong menendang basikal isterinya sekali.
Selepas dia meletakkan semula alat itu di dalam but keretanya, Wong memandu dan melihat isterinya dan mangsa masih berpegangan tangan.
Akibat rasa merah yang meluap-luap melihat perbuatan mereka, dia memandu keretanya ke laluan pejalan kaki hingga ke tempat, di mana kedua-duanya berdiri di belakang sebuah pokok.
Dia menggesa isterinya untuk kembali ke dalam kereta, tetapi apabila dia melihat mereka masih berpegangan tangan, Wong menjerit dari dalam, mengundurkan keretanya dan memandu pergi dari situ.
Mangsa kemudian dibawa ke unit jagaan kecemasan di Hospital Khoo Teck Puat, di mana luka di telinganya dirawat. Dia keluar dari hospital itu pada hari yang sama.
Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya, Wong boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau dijatuhi mana-mana gabungan hukuman itu.
Bagi kesalahan memandu di laluan awam atau dalam keadaan terburu-buru, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun atau didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Hukuman menggunakan kuasa jenayah ke atas seseorang adalah penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.