Lelaki dipenjara langgar warga emas hingga maut; pemandu SG 'pandu terlalu laju' di estet perumahan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun dipenjara selama 150 hari pada Isnin (25 Nov) kerana memandu secara cuai dan mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki berusia 79 tahun.
Tan Yee Keong juga digantung lesen memandu selama lapan tahun selepas dibebaskan, setelah mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.
Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah John Ng memerhatikan bahawa kebanyakan pemandu di Singapura biasanya memandu "terlalu laju" di kawasan perumahan.
Hakim berkata ini sebabnya langkah menenangkan lalu lintas diperkenalkan di lebih banyak jalan raya, termasuk lokasi kejadian, dan ini adalah kos yang "dibelanjakan dengan baik".
Kemalangan maut itu berlaku berhampiran Blok 244, Serangoon Avenue 2 pada 29 Jun 2023 sekitar jam 4.30 petang.
Kawasan Serangoon Avenue 2 berkenaan mempunyai laluan dua hala yang dibahagikan oleh sebuah laluan pejalan kaki, dengan dua lorong bersebelahan setiap laluan jalan raya itu.
Mangsa, Encik John Wong Kie Choon, hampir selesai melintasi seluruh jalan apabila dia dilanggar kereta Tan selepas Tan gagal melihatnya.
Encik Wong tercampak ke atas jalan raya akibat rempuhan itu. Dia dibawa ke hospital, di mana dia mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia pada petang itu.
Dia mengalami kecederaan otak membawa trauma yang teruk dan beberapa tulang rusuk yang patah, yang kemudian menyebabkan serangan jantung. Punca kematiannya adalah pelbagai kecederaan yang konsisten dengan mereka yang mengalami kemalangan jalan raya.
Timbalan Pendakwa Raya Yee Jia Rong meminta hukuman penjara enam hingga sembilan bulan bagi Tan.
Beliau berkata faktor utama bagi kesalahan Tan ialah kerana dia mengesan Encik Wong terlalu lewat, kerana dia tidak menyedari lelaki warga emas itu di jalan raya sehingga mereka bertembung.
Beliau berkata bahawa Encik Wong berjalan pada kelajuan biasa dan hampir selesai menyeberangi jalan raya dua lorong, menunjukkan jumlah masa yang Tan gagal menyedarinya.
Peguam bela Laurence Goh, yang meminta penjara dua bulan, berkata Tan tidak melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berada bersama Encik Wong sehingga ambulans tiba.
Insiden itu menyebabkan Tan "berasa trauma" dan beliau ingin menebus perbuatannya dan turut menghadiri pengebumian Encik Wong dengan risiko dimarahi oleh keluarganya.
"Walaupun mereka telah memaafkannya, dia tidak memaafkan dirinya sendiri," kata Encik Goh, merujuk kepada keluarga mangsa.
Peguam itu juga berkata bahawa perlanggaran berlaku di selekoh jalan yang mempunyai deretan pokok, yang boleh membuatnya lebih sukar untuk mengesan seseorang.
Encik Goh berkata selepas kemalangan itu, pokok-pokok itu ditebang, jalan dilebarkan dan kawasan itu ditetapkan sebagai Zon Perak.
Zon Perak ialah kawasan di mana langkah menenangkan lalu lintas dan langkah keselamatan jalan raya yang lain dilaksanakan di lokasi yang mempunyai jumlah penduduk warga emas yang tinggi atau di mana terdapat kemalangan sebelum ini yang melibatkan warga emas.
Ketika berhujah mengenai hukuman itu, Hakim Ng meminta untuk melihat video perlanggaran yang dirakam oleh kamera polis di perhentian bas bertentangan dengan lokasi kejadian.
Selepas video itu dimainkan di mahkamah, hakim menarik perhatian bahawa kemalangan itu berlaku di dalam kawasan perumahan dan berkata: "Sebenarnya, ramai di antara kita saya rasa memandu terlalu cepat di estet perumahan."
Beliau berkata bahawa jalan melengkung seperti Serangoon Avenue 2 adalah seperti "menghadapi laluan S", merujuk kepada bahagian laluan dalam ujian memandu, dan kenderaan sepatutnya perlahan.
Walaupun video itu tidak menunjukkan yang Tan memandu dengan laju, dia tidak membunyikan hon atau menekan brek sebelum dia melanggar Encik Wong, kata hakim.
"Atas sebab apa pun, anak guam anda benar-benar tidak mengesan orang yang melintas jalan," katanya kepada Encik Goh, sambil menambah bahawa pemandu itu sepatutnya memastikan jalan di hadapan kenderaan itu kosong.
Beliau juga berkata bahawa lokasi kejadian hanya di awal selekoh, dan bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa Tan sepatutnya dapat mengesan Encik Wong.
Namun hakim juga berkata kepada pesalah: "Jika anda duduk di sini buat sekian lama, anda akan menyedari bahawa kemalangan akan berlaku. Tiada siapa yang mahu ia berlaku," katanya merujuk kepada bangku hakim di Mahkamah Trafik.
Hakim Ng berkata mahkamah cuba menghantar isyarat kepada semua orang, termasuk pejalan kaki, supaya berhati-hati terhadap pengguna jalan raya yang lain.
"Bukan hanya oh, lampu hijau saya jalan, lampu merah saya berhenti, dan kemudian jika lampu hijau saya boleh jalan pada bila-bila masa," katanya.
Beliau menambah bahawa inilah sebabnya fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah diaktifkan secara bertahap-tahap di seluruh Singapura, kerana "kereta dipandu terlalu laju".
"Hukuman anda tidak ada kena mengena sama ada anda seorang yang jahat (atau) orang yang baik," kata hakim kepada Tan. Sebaliknya, ia adalah mengenai pemanduan Tan.
Setelah menjatuhkan hukuman penjara 150 hari, atau kira-kira lima bulan, hakim menambah bahawa dia sepatutnya layak mendapat pengurangan hukuman selepas menjalani sekitar 100 hari, dan juga layak untuk menjalani penahanan di rumah selepas menjalani separuh hukumannya.
Hukuman bagi kesalahan memandu tanpa perhatian yang sewajarnya hingga menyebabkan kematian ialah hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Pesalah juga mesti hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama sekurang-kurangnya lapan tahun.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.