Lelaki dipenjara; lakukan seks berbayar dengan remaja 17 tahun
Seorang lelaki dihukum penjara selama 10 bulan pada Isnin (14 Jun) atas kesalahan membayar bagi khidmat seks dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, setelah mangsa diperdaya bahawa dia adalah seorang "sugar mummy".

(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara selama 10 bulan pada Isnin (14 Jun) atas kesalahan membayar bagi khidmat seks dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, setelah mangsa diperdaya bahawa dia adalah seorang "sugar mummy".
Muhammad AL-Masfuiin Mushin, 26 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan hubungan seks komersil dengan seorang individu bawah umur.
Mahkamah dimaklumkan bahawa mangsa mula menggunakan aplikasi bernama Locanto pada 2017. Dia ternampak iklan-iklan bagi khidmat seks dan para pengguna mencari bagi "sugar mummy" atau "friends with benefits".
"Sugar mummy" adalah istilah bagi wanita lebih berusia yang membayar individu lebih muda daripadanya untuk menjadi peneman yang mungkin melibatkan hubungan seks.
Mangsa mahu meraih pendapatan dengan menawarkan khidmat seks lalu membuka akaun pada aplikasi itu.
Pada 16 Jun 2019, mangsa dihalau keluar menyusuli satu pertengkaran dengan ibunya. Memandangkan dia perlukan wang, dia memuat naik iklan mencari "sugar mummy" dengan tajuk "Toyboy Fantasy Satisfies you - 18".
Mangsa memberikan nombor telefon dan dua gambar dirinya dalam iklan itu dan menawarkan khidmat seks dengan bayaran.
Tertuduh menemui iklan itu pada keesokan hari. Walaupun mangsa sedang mencari "sugar mummy", Muhammad AL-Masfuiin memutuskan untuk berpura-pura sebagai seorang wanita lalu berbual dengan mangsa.
Apabila Muhammad AL-Masfuiin bertanyakan umur sebenar mangsa, mangsa memberitahunya bahawa dia berusia 17 tahun, dihalau daripada rumahnya dan dia memerlukan wang.
Berpura-pura menjadi seorang wanita, Muhammad AL-Masfuiin berkata kepada mangsa "mahukah anda lakukan seks dengan (teman lelaki saya) dan diri saya", walaupun dia tahu tiada wanita terbabit.
Mangsa bersetuju dan meminta bayaran S$250 bagi setiap pertemuan. Muhammad AL-Masfuiin memberitahu mangsa bahawa beliau boleh tidur semalaman di tempatnya namun dia perlu melakukan hubungan seks dengan "teman lelaki" rekaannya itu.
Pada pukul 1.00 pagi pada 18 Jun 2019, Muhammad AL-Masfuiin membuat tempahan teksi bagi mangsa untuk ke rumahnya. Dengan mempercayai bahawa pelanggannya itu adalah seorang wanita, mangsa bertanya jika "wanita itu" akan menyertai sesi seks itu.
Namun Muhammad AL-Masfuiin berkata bahawa wanita itu "mungkin tidak", namun teman lelakinya "akan memberitahu saya jika anda hebat melakukan seks". Mangsa bertanya kepada Muhammad AL-Masfuiin jika dia tahu bahawa mangsa berusia 17 tahun dan tertuduh menjawab "ya", sambil menambah "Saya suka lelaki yang muda".
Apabila mangsa tiba di rumah tertuduh, mangsa disuruh mandi dahulu.
Muhammad AL-Masfuiin kemudian melakukan perbuatan seks terhadap mangsa sebelum memintanya untuk melakukan hubungan seks. Mangsa menolak namun Muhammad AL-Masfuiin bertubuh lebih tegap berbanding dengannya.
Namun sebelum mereka dapat melakukan hubungan seks, Muhammad AL-Masfuiin terkeluar air maninya. Mangsa kemudian mengenakan pakaian untuk tidur dan lalu mengirimkan teks kepada nombor tertuduh, menyangka bahawa nombor itu milik wanita tersebut, untuk memberitahunya bahawa sesi seks itu sudah selesai.
Pada keesokan hari, mangsa meminta wang daripada Muhammad AL-Masfuiin untuk pergi bekerja. Tertuduh memberikannya S$50 lalu mangsa pergi bekerja.
Pada kemudian hari, seorang pegawai polis yang sedang meronda di Toa Payoh menemui mangsa. Ketika menjalankan siasatan, dia menemui pesanan teks dalam telefon bimbit mangsa berkaitan penyediaan khidmat seks.
Dokumen mahkamah tidak menyatakan mengapa mangsa ditahan oleh polis.
Muhammad AL-Masfuiin dikenal pasti lalu diberkas kerana mengadakan hubungan seks komersil dengan budak bawah umur 18 tahun.
Dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.