Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara kerana rompak ibunya yang uzur, pukul hingga tulang rusuk retak

Apabila ibunya yang berusia 77 tahun enggan memberitahu nombor PIN akaun bank beliau, Adrian Yap Yin Leung menyerang wanita itu dengan tongkat, memijak tubuh dan menarik rambutnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara kerana rompak ibunya yang uzur, pukul hingga tulang rusuk retak

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 09:23PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 09:25PM

SINGAPURA: Apabila ibunya yang berusia 77 tahun enggan memberitahu nombor PIN akaun bank beliau, Adrian Yap Yin Leung menyerang wanita itu dengan tongkat, memijak tubuh dan menarik rambutnya.

Setelah mengancam untuk memotong jari-jemarinya, wanita lanjut usia itu memberitahu nombor PIN akaun banknya. Anak lelakinya itu kemudian mengeluarkan S$2,000 dari akaun tersebut.

Yap, 56 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan pada Khamis (14 Jan) atas satu tuduhan merompak dan satu lagi kerana gagal melaporkan diri setelah diikat jamin. Tuduhan ketiga bagi kesalahan memiliki pasport Singapura yang telah diubah di lapangan terbang, beberapa minggu sebelum serangan itu diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Yap berada di flat ibunya pada sekitar pukul 11.00 malam pada 16 Okt 2018. Dia meminta nombor PIN akaun bank milik ibunya kerana mahu mengeluarkan wang bagi kegunaannya sendiri.

Dia memukul ibunya dengan tongkat apabila wanita itu enggan memberitahu nombor tersebut. Selain itu, Yap turut menendang, memijak badan dan menarik rambut ibunya itu, sebelum mengancam untuk memotong semua jarinya dengan pisau.

Wanita itu cedera begitu teruk dan dalam kesakitan sehinggakan tidak berupaya menelefon polis untuk meminta bantuan. Sebaliknya, beliau hanya berbaring di bilik tidur untuk berehat.

Anak lelakinya itu meninggalkan flat tersebut pada keesokan pagi dan mengeluarkan S$2,000 daripada akaun bank milik ibunya.

Wanita itu mendapatkan bantuan daripada jirannya setelah mendapati anaknya sudah meninggalkan flat tersebut. Mereka menelefon polis setelah melihat kecederaan di bahagian mukanya.

Mangsa di bawa ke hospital dengan pelbagai luka di muka, lengan dan dadanya, termasuk beberapa tulang rusuknya yang retak. Beliau dirawat di hospital selama 36 hari dan diberi lebih banyak cuti sakit.

Selepas kejadian itu, beliau menjadi takut untuk sendiri keluar rumah dan takut dipukul sekiranya berbuat demikian serta mengalami trauma akibat serangan itu.

Atas kesalahan merompak dengan sengaja menyebabkan kecederaan, Yap boleh dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali. 

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan