Lelaki dipenjara kerana jual peranti penstriman haram; pendakwaan pertama seumpamanya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang menjual peranti penstriman haram dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada Khamis (24 Okt) buat pertama kalinya di bawah undang-undang hak cipta yang diluluskan pada 2021.
Ge Xin, seorang rakyat Singapura yang mempunyai dua syarikat di Sim Lim Square, mengaku bersalah atas 16 pertuduhan berkaitan penjualan peranti yang mempunyai aplikasi, yang membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada kandungan yang dilindungi hak cipta, termasuk perlawanan bola sepak Liga Perdana, menurut Liga Inggeris itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
Hukuman penjara Ge berdasarkan lapan pertuduhan. Kedua-dua syarikatnya - MT Gadget+ dan Grandnew - diberikan denda sebanyak S$200,000 dan S$100,000 setiap satu, berdasarkan empat pertuduhan bagi setiap satu syarikat.
Pada September 2021, satu undang-undang diluluskan yang mengharamkan penjualan kotak 'set-top' cetak rompak. Serbuan polis terhadap penjual peranti penstriman haram pada 2022 menyaksikan rampasan lebih daripada 2,500 set peranti berkenaan, dengan lebih 400 set yang datang daripada kedua-dua kedai Ge.
Ge didakwa awal tahun ini kerana melanggar hak cipta syarikat seperti Disney, Netflix dan Liga Perdana England (EPL) dengan menjual peranti yang dipasang dengan program yang boleh mengakses rancangan yang dilindungi hak cipta seperti Raya and the Last Dragon, The Adam Project dan perlawanan EPL.
Dia juga dituduh melanggar hak cipta karya lain seperti Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore oleh Warner Bros, Discovery Channel oleh Discovery dan Top Gun Maverick oleh Paramount Pictures.
EPL, yang membuka pejabat antarabangsa pertamanya di Singapura pada 2019, berkata hukuman Ge adalah pendakwaan pertama di bawah seksyen 150 Akta Hak Cipta 2021, yang mengenakan liabiliti bagi pelanggaran hak cipta ke atas peniaga komersial peranti penstriman haram.
Pendakwaan itu juga menandakan satu peristiwa penting dalam memerangi cetak rompak di Singapura, tambah liga itu, menjelaskan bahawa terdapat padah bagi perniagaan dan individu yang terlibat dalam penjualan dan pengedaran kandungan yang dilindungi hak cipta, termasuk berurusan dengan peranti penstriman haram.
“Hasil penting kes ini sekali lagi mengesahkan terdapat padah yang serius bagi mereka yang memberikan akses tanpa kebenaran bagi bola sepak EPL,” kata peguam EPL, Kevin Plumb.
“Kami mengalu-alukan pendakwaan penting ini, yang merupakan hasil siasatan terperinci yang dijalankan dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara Singapura dan Cawangan Hak Harta Intelek Pasukan Polis Singapura.
“Kami berterima kasih kepada mereka atas komitmen dan kepakaran mereka dalam penyiasatan dan pendakwaan berikutan serbuan awal pada 2022.”
EPL menyatakan ia akan terus bekerjasama rapat dengan pemegang lesen penyiaran rasmi StarHub dan menyokong agensi penguatkuasa undang-undang Singapura dan pihak berkuasa dalam memerangi cetak rompak.
Selain tindakan penguatkuasaan, liga itu juga mengenal pasti dan menyekat akses kepada laman web yang menawarkan penstriman haram.
“Ini adalah yang pertama daripada beberapa kes yang muncul daripada serbuan tersebut dan merupakan peristiwa penting terkini dalam usaha kami untuk memerangi cetak rompak dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan,” kata Encik Plumb.
“Kami akan terus mengambil tindakan terhadap cetak rompak dan berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penyokong tentang risiko yang berkaitan dengan menggunakan perkhidmatan haram - cara paling selamat dan terbaik untuk peminat di Singapura menonton aksi EPL adalah melalui saluran rakan penyiaran yang dibenarkan.”

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.