Lelaki dipenjara gara-gara bantu buka 100 akaun bank SG & salur S$4.3 juta kepada sindiket
Anggaran Waktu Membaca:
Besmond Huan Yu Kang (tengah) diberkas di Malaysia dan dibawa ke Singapura pada Ogos 2024. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki Malaysia yang pada mulanya bekerja sebagai keldai wang untuk satu sindiket, akhirnya menjadi pengurus yang terlibat dalam pembukaan 100 akaun bank di Singapura. Lebih daripada S$4.3 juta mengalir masuk ke dalam akaun-akaun tersebut.
Daripada jumlah itu, sebanyak S$22,230 dikesan mempunyai kaitan dengan laporan kes penipuan.
Besmond Huan Yu Kang, 24 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun empat bulan dan denda S$5,400 pada Rabu (6 Mei). Dia mengaku bersalah atas lapan pertuduhan termasuk menipu dan bersubahat memberikan butiran perbankan internet untuk akses tanpa izin. Sebanyak 25 pertuduhan lain turut diambil kira dalam hukuman tersebut.
Hakim menyatakan bahawa kes penipuan adalah masalah besar yang semakin meningkat, dan mengambil kira faktor bahawa Huan bekerja untuk sindiket jenayah antarabangsa.
KES TERSEBUT
Mahkamah dimaklumkan bahawa pada November 2023, semasa Huan berada di Malaysia, dia terlihat satu iklan jawatan kosong di Facebook yang menjanjikan gaji tinggi di Singapura. Dia membalas iklan tersebut dan diperkenalkan kepada seorang individu yang hanya dikenali sebagai "Ah Wei".
Ah Wei merupakan pengurus sebuah sindiket yang mencari akaun-akaun bank. Mereka mencari keldai wang dari Malaysia dan membimbing mereka untuk membuka akaun bank di Singapura bagi kegunaan haram sindiket tersebut.
Huan bersetuju untuk menyerahkan akaun bank Singapura miliknya kepada sindiket dengan bayaran RM300 (S$97)sebulan. Walaupun dia ada bertanya sama ada akaun itu digunakan untuk penipuan, dia diberitahu ia digunakan untuk tujuan lain. Huan tidak bertanya lebih lanjut kerana mahu mencari wang segera.
Di bawah bimbingan Ah Wei, Huan memohon permit kerja, menjalani pemeriksaan kesihatan, dan membuka lima akaun bank di Singapura. Dia kemudian menyerahkan kad ATM serta butiran log masuk perbankan internet kepada sindiket.
Pada Mac 2024, Huan ditawarkan jawatan sebagai pengurus. Tugasnya adalah menemani orang dari Malaysia ke Singapura dan membimbing mereka membuka akaun bank menggunakan permit kerja yang disediakan oleh sindiket. Dia juga perlu mengumpul dokumen dan menyerahkan butiran perbankan kepada sindiket.
Huan mengesyaki dia menjadi sebahagian daripada sindiket antarabangsa dan tahu akaun tersebut digunakan untuk judi online serta pengubahan wang haram. Namun, dia tetap menerima kerja itu kerana dibayar gaji RM2,500 sebulan berserta komisen RM175 (S$56) bagi setiap orang yang dibawanya.
Antara Mei hingga Ogos 2024, Huan membawa 12 keldai wang dari Malaysia ke Singapura untuk membuka 39 akaun bank di pelbagai bank seperti DBS, OCBC, Maybank, dan UOB. Secara keseluruhan, dia dibayar RM18,300 (S$5,900)atas kerjanya itu.
Akibat perbuatan itu, tujuh bank di Singapura ditipu sehingga sebanyak 102 akaun bank dibuka. Daripada jumlah itu, 100 akaun diserahkan kepada sindiket. Sebanyak S$4.3 juta mengalir melalui akaun-akaun tersebut, dengan sebahagiannya dikesan daripada laporan penipuan.
Pada Ogos 2024, Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada Polis Singapura bahawa Huan dan beberapa orang lain ditangkap di Johor Bahru. Huan kemudian diserahkan kepada Singapura pada 18 Ogos 2024 untuk didakwa.
Pihak pendakwa raya meminta hukuman berat kerana Huan datang ke Singapura semata-mata untuk melakukan jenayah. Pihak mahkamah mahu menghantar isyarat tegas bahawa sindiket antarabangsa yang cuba beroperasi di Singapura akan dihukum berat.
Peguam Huan memohon hukuman yang lebih ringan kerana anak guamnya mengaku bersalah dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Sekalipun demikian, Hakim Chay Yuen Fatt menegaskan bahawa jumlah kes scam meningkat berkali ganda. Beliau bersetuju bahawa pelibatan dalam sindiket antarabangsa adalah faktor yang memberatkan hukuman, apatah lagi dengan jumlah akaun yang banyak dan nilai wang yang sangat besar yang terlibat.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.