Lelaki dipenjara gajikan amah yang bekerja untuk keluarga lain
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Apabila diminta isteri agar digajikan seorang rakan sebagai pembantu rumah meskipun amah itu tidak akan bekerja di rumah mereka, si suami pada mulanya menolak cadangan tersebut.
Sekalipun demikian, lelaki itu kemudian mengalah dan mengambil wanita berkenaan bekerja supaya wanita itu boleh mendapatkan permit kerja.
Namun, wanita itu tidak bekerja di rumah keluarga lelaki berkenaan. Sebaliknya, pembantu rumah itu bekerja sambilan membersihkan rumah tujuh keluarga lain dan meraih gaji sebanyak S$2,000.
Apabila Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengetahui tentang kesalahan tersebut, semua tiga individu itu - lelaki berkenaan, isterinya dan pembantu rumah - dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara kerana bersekongkol.
Majikan amah berkenaan, rakyat Singapura 38 tahun bernama Nurkhairul Achis, dipenjara enam minggu dan dikenakan denda S$6,000 pada Jumaat (12 Apr).
Isterinya, Ei Ei Khing Soe, dipenjara enam minggu pada Ogos tahun lalu. Pembantu rumah bernama Yin Yin Htwe Hlaing itu dipenjara pada Julai, juga selama enam minggu.
KES MEREKA
Mahkamah diberitahu Yin menghubungi rakannya Ei pada Jun 2021 untuk mendapatkan bantuan bagi memperoleh permit kerja, dengan niat mahu melakukan kerja pembersihan sambilan untuk orang lain.
Ei bersetuju membantu sekiranya Yin membayar S$6,500 kepadanya. Ei kemudian meminta suaminya Nurkhairul menggajikan Yin sebagai pembantu rumahnya.
Nurkhairul yang pada awalnya enggan berbuat demikian, kemudian bersetuju setelah Ei berkata dia mahu membantu kawannya.
Yin membayar S$4,000 kepada Ei menerusi keluarga Ei di Myanmar. Daripada jumlah tersebut, S$1,000 digunakan untuk membayar khidmat agensi pengambilan pekerja yang digunakan oleh Nurkhairul untuk memproses permit kerja Yin.
Permit kerja itu diluluskan untuk Yin bagi tempoh antara Disember 2021 hingga November 2023, berdasarkan persetujuan bahawa Yin akan bekerja sebagai pembantu rumah Nurkhairul.
Yin datang ke Singapura pada 20 November 2021 dan membayar sewa dan levi permit kerja S$600 sebulan kepada Nurkhairul. Yin tinggal di rumah Nurkhairul kira-kira tiga bulan sebelum berpindah ketempat lain.
Sejak tiba di Singapura, Yin langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah untuk keluarga Nurkhairul.
Sebaliknya, antara Januari 2022 dengan Julai 2022, dia melakukan kerja-kerja membersihkan rumah tujuh keluarga lain tanpa pas kerja yang sah. Seorang pengurus di sebuah syarikat pembersihan memberikan kerja kepada Yin.
Kesalahan-kesalahan tersebut terbongkar apabila MOM memeriksa sebuah unit di Beach Road pada 28 Julai 2022 dan mendapati Yin tinggal di sana.
Nurkhairul mengaku bersalah atas dua tuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing - iaitu bersubahat membuat kenyataan palsu dalam permohonan pas kerja dan menolong Yin dalam jenayahnya untuk bekerja sendiri tanpa pas kerja yang sah. Tuduhan ketiga dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.
Hakim bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa kesalahan tersebut tidak mungkin berlaku tanpa Nurkhairul.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.