Lelaki dipenjara, disebat kerana rogol, lakukan serangan seksual terhadap 2 adik perempuan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Terdedah kepada pornografi pada usia muda, seorang budak lelaki sudahpun mula menyerang dua adik perempuannya secara seksual ketika mereka berusia 10 dan 11 tahun.
Lelaki itu, kini 25 tahun, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun setengah dan 12 sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin (26 Jun) selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan setiap seorang bagi penembusan seksual terhadap individu bawah 16 tahun, dan rogol. Lagi 11 tuduhan - kebanyakannya kesalahan seksual terhadap adik-adik perempuannya - dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.
Salah seorang mangsa itu kini berusia 24 tahun, manakala seorang lagi berusia 19 tahun.
Tiada sesiapa yang terlibat dalam kes tersebut boleh dinamakan atas perintah mahkamah.
Sebahagian besar kesalahan berlaku antara 2010 dan 2014, apabila ketiga-tiga adik beradik itu menetap di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dua bilik, bersama ibu mereka yang sudah bercerai.
Lelaki yang berusia antara 12 hingga 16 tahun pada waktu itu, dan terdedah kepada bahan lucah semasa dia berusia 10 tahun, akan kerap menyasar adik-adik perempuannya ketika mereka sedang tidur di tilam yang diletakkan di ruang tamu dan apabila ibunya sedang tidur.
Peguam bela meminta hukuman penjara antara 13 hingga 15 tahun, serta 12 sebatan rotan.
Namun Timbalan Pendakwa Raya Christina Koh meminta hukuman penjara antara 15 hingga 17 tahun dan 14 sebatan rotan.
Memandangkan lelaki itu pesalah kali pertama, Hakim Hoo Sheau Peng merasakan keperluan minimum undang-undang untuk menjatuhkan hukuman 12 sebatan rotan adalah wajar.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.