Lelaki dipenjara, didenda kerana bantu simpan produk vape bernilai S$5.2 juta
Seorang lelaki berusia 38 tahun yang menyewa gudang untuk menyimpan sekitar S$5.2 juta produk vape dihukum penjara selama 10 bulan dan didenda S$14,000 pada Khamis (28 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang menyewa gudang untuk menyimpan sekitar S$5.2 juta produk vape dihukum penjara selama 10 bulan dan didenda S$14,000 pada Khamis (28 Nov).
Gudang di Taman Perindustrian Woodlands itu diserbu oleh pihak berkuasa pada 24 April, di mana berlaku rampasan kedua terbesar alat pengewap elektronik di Singapura.
Toh Wee Leong mengaku bersalah atas dua tuduhan kerana bersubahat dalam pemilikan sekitar 156,000 vape dan sekitar 253,000 cecair vape.
Lagi dua tuduhan mengimport sekitar 1,500 rokok elektronik dan bersubahat dalam pemilikan lebih 53,000 batang tembakau (heat stick) diambil kira dalam menentukan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Toh terbabit dalam kegiatan berkaitan dengan produk-produk itu untuk melunaskan hutang perjudiannya sekitar S$80,000.
Dia diperkenalkan kepada seorang individu bernama Chua Wee Ming selepas mendapatkan bantuan untuk melunaskan hutangnya, dan pertama kali berjumpa dengan Chua di sebuah pusat hiburan di Malaysia pada April atau Mei 2022.
Menurut Toh, Chua menawarkan untuk melunaskan hutangnya jika dia bersetuju menyeludup rokok elektronik ke Singapura.
Toh kemudian cuba mengimport sekitar 1,500 rokok elektronik ke Singapura pada 17 September 2022, namun dia ditahan apabila berbuat demikian lalu diberkas.
Chua memberitahu Toh bahawa memandangkan dia telah melangsaikan hutang Toh, namun Toh gagal membawa masuk rokok elektronik ke dalam Singapura, Toh perlu menyewa sebuah gudang di bawah namanya untuk kegunaan Chua.
Pada sekitar April hingga Mei 2023, Chua mengatur bagi Toh berjumpa dengan seorang ejen hartanah yang menunjukkan gudang itu kepadanya.
Toh menandatangani surat pajakan untuk menyewa gudang itu beberapa hari kemudian.
Toh kemudian menghantar Chua satu rakaman video untuk mendaftarkan akses cap jari ke dalam gudang itu dan dia meninggalkan kuncinya di atas peti surat gudang tersebut.
Toh hanya pulang ke gudang itu dua atau tiga kali selepas itu untuk menyelesaikan urusan berkaitan bil api air.
Semasa disiasat, Toh mengaku bahawa dia menyedari produk vape yang disimpan dalam gudang tersebut adalah untuk dijual.
Operasi melibatkan produk-produk vape di gudang itu dijalankan dari Mei 2023 hingga serbuannya pada April lalu.
Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyerbu unit simpanan itu selepas menerima maklumat bahawa terdapat dua individu yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan di sana.
Pegawai ICA menahan dua warga Thailand yang berada di Singapura melebihi tempoh dibenarkan, dan memaklumkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) mengenai jumlah banyak produk vape yang ditemui di dalam gudang tersebut.
Kedua-dua lelaki itu berkata mereka tahu produk vape diharamkan di Singapura, namun mereka meneruskan dengan pekerjaan itu kerana perlukan wang.
Toh tidak dapat membayar denda S$14,000 dan akan dipenjara selama 28 hari lagi, menurut rekod mahkamah.
Hukuman bagi kesalahan bersubahat dalam pemilikan produk vape adalah hukuman penjara sehingga enam bulan, denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Hukuman maksimum digandakan bagi pesalah berulang.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.