Skip to main content

Singapura

Lelaki dipenjara curi durian, tangkal

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara curi durian, tangkal

Gambar fail durian dan tangkal. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 15 Sep 2025 05:54PM Dikemas Kini : 15 Sep 2025 06:07PM
SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura berusia 56 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan minggu pada Isnin (15 Sep) kerana mencuri durian dan tangkal dalam kejadian berasingan.

Sew Swee Chai mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri sembilan durian Black Gold dari gerai buah di Bukit Batok dan mengambil tiga tangkal di Fu Lu Shou Complex di kawasan Rochor dua minggu kemudian.

Dua minggu selepas kejadian tertsebut, Sew pergi ke sebuah gerai di tingkat bawah Fu Lu Shou Complex pada 20 September 2024.

Dia melihat tangkal-tangkal dipamerkan dan berkata bahawa ia "menarik dan sesuai dengan citarasanya", menurut pendakwa raya.

Dia mengambil dua tangkal, menyembunyikannya lalu meletakkannya di dalam poketnya.

Dia kemudian mengambil tangkal ketiga dan meletakkannya di dalam poketnya, tetapi pemilik gerai ternampak perbuatannya itu.

Pemilik gerai menahan Sew dan memintanya mengeluarkan barang-barang dari poketnya.

Sew mengeluarkan tiga tangkal tersebut, yang bernilai S$180 secara keseluruhan.

Pemilik gerai melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Semasa menunggu pegawai polis tiba, Sew cuba untuk meninggalkan kawasan itu beberapa kali, tetapi pemilik gerai dan seorang lagi berjaya menghalangnya.

Sew kemudian ditangkap sejurus selepas polis tiba.

Sew sudah membayar ganti rugi bagi durian yang dicuri.

Bagi setiap tuduhan mencuri, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita