Lelaki dipenjara, campak basikal dari tingkat 14 selepas bergaduh dengan isteri
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SPF
SINGAPURA: Dalam keadaan marah selepas bergaduh dengan isterinya, seorang lelaki mencampak basikal seberat 25kg dari tingkat 14 sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Mohammad Noor Iszuan Noordin, 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara sebulan pada Khamis (15 Dis) atas kesalahan itu.
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan keselamatan orang lain.
Mahkamah diberitahu bahawa Noor bertengkar dengan isterinya pada petang 23 Januari 2021 di flatnya di Choa Chu Kang Crescent.
Mereka bergaduh mengenai pakaian bagi majlis perkahwinan mereka yang akan datang.
Noor kemudian keluar dari flatnya dan ternampak basikal kuning miliknya yang terletak di luar.
Dalam keadaan marah, dia mengangkat basikal tersebut dan mencampaknya dari belabas flat.
Seorang anggota awam di situ menelefon polis, melaporkan tentang kejadian tersebut.
Semasa disiasat polis, Noor pada mulanya menafikan sebarang penglibatan dan berbohong kepada penyiasat.
Pihak pendakwa meminta hukuman penjara enam minggu kerana basikal tersebut dibuang dari tingkat 14 dan menimbulkan bahaya yang teruk.
Kesalahan itu juga dilakukan semasa jumlah pejalan kaki agak ramai pada 7.15 malam.
Pendakwa raya juga menarik perhatian bahawa Noor didiagnosis dengan fungsi intelek ringan.
Bagi kesalahan bertindak terburu-buru, Noor boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.