Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara, buat perisytiharan palsu dalam permohonon permit kerja pembantu rumah

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara, buat perisytiharan palsu dalam permohonon permit kerja pembantu rumah

Gambar fail bangunan MOM. (Gambar: Calvin Oh)

SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman penjara enam minggu kerana membuat perisytiharan palsu dalam permohonan permit kerja bagi seorang pembantu rumah hijrahan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (11 Feb).

Hafizuddin Jaafar, 34 tahun, menyatakan dalam permohonan itu bahawa dia mendapatkan seorang warga Filipina berusia 36 tahun sebagai pembantu rumah.

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak berniat bagi pembantu rumah hijrahan (MDW) itu bekerja untuk Hafizuddin," kata MOM dalam satu kenyataan media.

"Sebaliknya, tujuan mereka ialah bagi MDW tersebut dibenarkan tinggal di Singapura dan mencari kerja lain."

Permohonan permit kerja itu dibuat pada Januari 2018, kata MOM, sambil menambah Hafizuddin kemudiannya memohon untuk memperbarui permit tersebut pada Januari 2019.

"Hafizuddin menerima ganjaran daripada wanita itu berjumlah S$9,380 antara Januari 2018 dengan Februari 2020. Dalam tempoh yang sama, wanita itu tidak melakukan sebarang kerja untuk Hafizuddin mahupun tinggal di kediamannya," tambah MOM.

Wanita Filipina itu dihantar pulang ke negaranya selepas diberi amaran keras kerana membuat pengakuan palsu dalam permohonan permit kerjanya. Dia juga dilarang bekerja di Singapura buat selama-lamanya.

Selain hukuman penjara, Hafizuddin turut didenda S$50,750 kerana mengambil wang daripada wanita itu untuk memohon permit kerja dan memastikan kesahihannya.

Jika disabit kesalahan membuat perisytiharan palsu dalam permohonan pas kerja, pesalah boleh didenda tidak melebihi S$20,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Majikan yang ingkar akan digantung keistimewaan pas kerja mereka dan pemohon pas kerja juga akan dilarang bekerja di Singapura buat selama-lamanya. Mereka yang menerima ganjaran boleh didenda sehingga S$30,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/KF/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan