Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara; beri rasuah untuk peroleh maklumat pelanggan yang berhutang dengannya

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara; beri rasuah untuk peroleh maklumat pelanggan yang berhutang dengannya

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY 

Diterbitkan : 20 Apr 2022 04:54PM Dikemas Kini : 20 Apr 2022 04:54PM

SINGAPURA: Dalam usaha untuk mendapatkan kembali hutang yang dipinjam daripadanya, Philbert Lim Zong Xian memberi rasuah berjumlah S$1,000 kepada seorang lelaki untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada data pelanggan StarHub dan Singtel.

Pada Rabu (20 Apr) Lim dijatuhi hukuman penjara empat minggu selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memberi rasuah kepada Lee Cheng Yan.

Satu lagi tuduhan serupa turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Lee yang kini berusia 38 tahun sekali lagi menjadi tumpuan tajuk-tajuk berita awal tahun ini apabila dia dikenakan larangan memandu seumur hidup buat kali kedua.

Lee juga dipenjara kerana menerima rasuah untuk mendapatkan maklumat peribadi pelanggan syarikat telko.

Mahkamah diberitahu bahawa Lee memberitahu Lim, dia ada kenalan yang boleh mendapatkan alamat pelanggan dengan menggunakan nombor telefon mereka.

Lee dan Lim saling mengenali satu sama lain, namun dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana mereka berjumpa.

Lee juga berkata dia boleh mendapatkan alamat pelanggan dengan bayaran S$350 bagi setiap nombor telefon dan dia harus mengupah kenalannya untuk mendapatkan alamat-alamat tersebut.

Antara Januari dengan April 2017, Lim memberikan tiga nombor telefon kepada Lee dan membayarnya S$1,000.

Lee memberikan satu nombor telefon kepada Kelvin Foo Cheek Ann yang bekerja sebagai perunding runcit di Singtel. Foo mempunyai akses kepada sistem Singtel, yang membenarkan kakitangan untuk mendapatkan maklumat pelanggan atas sebab pekerjaan.

Lee mendekati Foo dan mengupahnya S$20 bagi setiap nombor telefon yang diperiksanya.

Mahkamah mendapati bahawa Foo memeriksa nombor telefon yang diberikan oleh Lim dan mendapatkan alamat pelanggan dan memberikannya kepada Lee yang kemudian diberikan kepada Lim.

Lim kemudian menyalurkan S$350 ke akaun bank Lee.

Foo yang kini berusia 32 tahun dipenjara 18 minggu tahun lalu selepas dia mengaku bersalah atas rasuah dan mempunyai akses yang tidak diluluskan untuk mendapatkan maklumat daripada sistem Singtel.

Pesalah keempat, Zhang Jiazheng dipenjara 10 minggu tahun lalu. Dia bekerja dengan StarHub sebagai perunding penjagaan pelanggan pada masa itu dan mendapatkan maklumat pelanggan secara haram untuk Lee yang merupakan rakan sekolah menengahnya.

Mereka yang disabit kesalahan memberi rasuah boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga S$100,000, atau dihukum dengan kedua-duanya.

Sumber : Today/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa