Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 9 minggu; gagal jalani NS selama lebih 4 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 9 minggu; gagal jalani NS selama lebih 4 tahun

Para rekrut Perkhidmatan Negara di Pulau Tekong pada 29 Jun 2021. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 30 Aug 2022 10:29PM Dikemas Kini : 30 Aug 2022 10:29PM
SINGAPURA: Seorang lelaki, 25 tahun, dikenakan hukuman penjara selama sembilan minggu pada Selasa (30 Ogos) kerana gagal menunaikan tanggungjawab Perkhidmatan Negara (NS) selama lebih empat tahun atas alasan untuk melanjutkan pengajian universiti.

Tsai Yi-Hsuan mengaku bersalah atas tiga tuduhan di bawah Akta Pendaftaran Negara atas kesalahan terus berada di luar negara tanpa permit keluar, sekali gus menjadi individu ke-19 dihukum penjara kerana gagal menjalani NS selepas Mahkamah Tinggi pada 2017 menetapkan rangka kerja hukuman baru bagi kesalahan sedemikian.

Mahkamah diberitahu bahawa Tsai dilahirkan dan dibesarkan di Taiwan. Bagaimanapun, dia didaftarkan sebagai warga Singapura ketika berusia 18 bulan.

Bapa Tsai berasal dari Taiwan dan merupakan bekas Penduduk Tetap Singapura (PR) manakala ibu dan saudara perempuannya adalah warga Singapura.

Tsai sudahpun menamatkan NS sepenuh masa pada April 2022.

Bagi setiap kesalahan gagal menjalani tanggungjawab NS, Tsai boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga S$10,000, ataupun kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa