Lelaki dipenjara 8 hari kerana curi ikan pari albino
Anggaran Waktu Membaca:

(Tangkapan Skrin: Google Maps)
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan hari pada Isnin (28 Okt) kerana mencuri ikan pari bernilai S$1,380 dari sebuah ladang ikan.
Lee De Yuan mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencuri.
Mahkamah diberitahu bahawa Lee sedang menganggur apabila dia terserempak dengan seorang pekerja penghantaran, Toh Yew Wee, 47 tahun, di sebuah kedai kopi di Yishun pada 21 Jan.
Mereka mula berbual tentang minat mereka yang sama dalam akuarium dan ikan.
Toh kemudian mencadangkan melawat ladang ikan syarikat Qian Hui Fish Farm di Jalan Lekar untuk melihat ikan, dan Lee bersetuju untuk ke sana dengan lorinya.
Kedua-dua lelaki itu tiba di ladang ikan tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang dan berjalan-jalan melihat ikan di dalam tangki.
Lee melihat beberapa ikan pari di dalam tangki pameran dan "timbul rasa amat tertarik dengan ikan pari", kata pendakwa raya.
Apabila mendapati tiada sesiapa yang melihatnya, dia dengan cepat menangkap ikan pari jenis 'berlian albino' dan menyimpannya di dalam kantung di pinggangnya.
Dua hari kemudian, seorang pengurus di ladang itu menghubungi polis, sambil berkata: "Kes kecurian di kedai dilaporkan, pari telah dicuri. CCTV kami merakam orang itu."
Lee ditangkap pada hari yang sama.
Ikan pari itu bagaimanapun tidak ditemui. Lee mendakwa dia telah membuangnya, kerana ikan itu mati. Dia tidak membuat sebarang bayaran balik.
Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.
Toh menghadapi pertuduhan serupa dan kesnya belum selesai.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.