Skip to main content

Singapura

Lelaki dipenjara 7 minggu tumbuk orang tidak dikenali; tendang jururawat TTSH semasa mabuk

Anggaran Waktu Membaca:
 Lelaki dipenjara 7 minggu tumbuk orang tidak dikenali; tendang jururawat TTSH semasa mabuk

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Jul 2022 05:19PM
SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara tujuh minggu pada Rabu (27 Jul) kerana menumbuk seseorang yang tidak dikenali dan menendang seorang jururawat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) ketika dalam keadaan mabuk.

Adam William Fletcher, 40 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dalam insiden-insiden pada Jun tahun lalu.

Fletcher menumbuk seseorang yang tidak dikenali "yang tidak bersalah" berusia 57 tahun itu sehingga beliau tidak sedarkan diri dengan satu tumbukan dan menendang jururawat itu ketika beliau sedang memberikannya rawatan perubatan, kata Timbalan Pendakwa Raya Tan Zhi Hao.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Fletcher dan seorang lagi lelaki pergi ke sebuah bar di East Coast Road, di mana beliau menogok lima pain bir pada 25 Jun 2021.

Lewat petang itu, kedua-dua lelaki itu pergi ke lorong belakang bar berkenaan di mana mereka mula bertengkar, di mana Fletcher kemudian menolak rakannya itu.

Pertikaian antara mereka berdua dihentikan oleh seorang pejalan kaki dan Fletcher berjalan pergi dari lorong belakang itu pada sekitar 10.30 malam.

Pada sekitar waktu itu, Fletcher mendapati mangsa berusia 57 tahun sedang berjalan di East Coast Road. Sedang mangsa sedang berjalan ke arahnya, Fletcher tiba-tiba menghayunkan lengan kirinya dan menumbuk kepala lelaki tersebut.

Lelaki itu terjatuh lalu tidak sedarkan diri, dengan bahagian belakang kepalanya terhentak di lantai. Beliau mula sedarkan diri beberapa minit kemudian dengan bantuan para pejalan kaki yang lain.

Fletcher melarikan diri dari tempat kejadian tetapi video serangan itu dirakam oleh seorang pejalan kaki.

Polis kemudian mendapati dia berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan mabuk di Mountbatten Road.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sekitar 1.00 pagi pada 26 Jun 2021. Kakitangan perubatan menilainya sebagai mabuk dan dalam keadaan agresif. Dia juga mengalami kesan melecet pada kedua-dua lututnya.

Pada sekitar 5.00 pagi, mangsa kedua, seorang jururawat berusia 40 tahun, sedang bertugas di jabatan kecemasan hospital itu. Dia memegang kaki Fletcher supaya doktor boleh memberikan titisan intravena kepadanya.

Fletcher mula berkelakuan agresif dan ganas dan menendang ke arah jururawat-jururawat yang bertugas di situ. Dia juga menghamburkan kata-kata kesat, sambil menyuruh kakitangan perubatan supaya "lepaskan... tangan anda dari saya".

Semasa insiden itu, dia menendang mangsa kedua sekali di bahagian atas dada kiri dan kolar tulang mangsa. Beliau terpaksa berhenti daripada melakukan tugas dan segera berjumpa doktor berhubung kecederaannya itu.

Atas sebab menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita