Lelaki dipenjara 7 bulan, curi beg dalam penerbangan Cambodia Airways sementara diperhati pegawai polis SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SINGAPURA: Seorang penumpang yang yang menaiki Cambodia Airways ke Singapura memutuskan untuk menggeledah beg penumpang yang lain untuk mencari barangan untuk dicuri. Namun, dia tidak tahu bahawa seorang pegawai polis sedang memerhatikan setiap gerak gerinya.
Apabila pegawai polis tersebut bersemuka dengannya, Yi Huaichun, seorang warga China, mendakwa dia sedang mencari begnya, tetapi dapat segera menemui beg berkenaan apabila diminta untuk menunjukkan pasportnya.
Lelaki berusia 45 tahun itu, dikenakan hukuman penjara tujuh bulan pada Selasa (30 Jan) selepas dia mengaku bersalah atas satu tuduhan mencuri di bawah Akta Konvensyen Tokyo.
Dua lagi tuduhan mencuri, melibatkan dua beg yang digeledah tanpa mengambil apa-apa pun, diambil kira dalam menjatuhkan hukuman tersebut.
POLIS PERHATI SETIAP GERAK GERINYA
Pada pagi 15 Dis 2023, Yi dan beberapa pegawai Pasukan Polis Singapura berada dalam sebuah penerbangan Cambodia Airways yang sedang dalam penerbangan dari Kemboja ke Singapura. Yi telah bertugas sebagai seorang ahli perniagaan selama kira-kira empat tahun di Kemboja.
Yi, Penolong Superitendan Polis (ASP) Lee Jun Long dan mangsa, seorang lagi warga China, duduk hanya beberapa barisan daripada satu sama lain.
Yi membuka kompartmen di atas tempat duduknya, sebelum memandang sepintas lalu ke arah penumpang-penumpang lain dan menyedari mereka sedang tidur.
Dia pun mengambil sebuah beg sandang dari kompartmen di atas tempat duduk bersebelahan dan meletakkannya ke sebuah tempat duduk kosong di belakang pesawat untuk membongkar beg tersebut.
Menyedari bahawa tiada sebarang barangan yang menarik di dalamnya, dia pun menyimpan semula beg berkenaan dan mencuri beg kedua. Beg itu juga tidak ada barangan yang menarik.
Pada ketika itu, tindakannya telah mencuri perhatian ASP Lee, yang berkongsi pemerhatiannya kepada dua pegawai polis lain dalam penerbangan yang sama. Ketiga-tiga mereka memerhatikan Yi dengan rapi.
Yi kemudian menghampiri mangsa, selepas mendapati lelaki tersebut tidak memantau barangannya.
Membuka kompartmen di atas kepala mangsa tersebut, dia mengambil sebuah beg kulit yang mengandungi dua dompet dengan wang tunai berjumlah S$250, tiga kad bank dan dua komputer riba.
Dia mengambil beg tersebut ke sebuah tempat duduk kosong di depan pesawat dengan diperhatikan tiga pegawai polis tersebut.
ASP Lee mendekati Yi lalu bertanya sama ada beg tersebut miliknya.
Yi berbohong dengan mengatakan ia miliknya. Selepas diberi amaran oleh ASP Lee kerana dilihat mengambil dua beg sebelum itu, Yi mengaku beg tersebut bukan miliknya, tetapi mendakwa sedang mencari begnya sendiri, kerana dia lupa di mana telah meletakannya.
ASP Lee kemudian menunjukkan beg itu kepada penumpang lain dan mangsa mengaku ia miliknya.
Pegawai polis tersebut meminta Yi menunjukkan pasportnya, dan tertuduh pergi mendapatkan begnya, yang diletakkan di atas tempat duduknya.
"Tertuduh tidak dapat menjelaskan mengapa dia boleh mencari begnya, yang bercanggah dengan penjelasannya sebelum ini bahawa dia sedang mencari begnya kerana tidak ingat di mana menyimpannya," jelas Timbalan Pendakwa Raya Dan Pan kepada mahkamah.
Yi diberkas sejurus pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Changi dan didakwa pada keesokan harinya.
Dia tidak mengaku melakukan kesalahan tersebut semasa siasatan dijalankan dan berkeras mengatakan dia sedang cuba mencari begnya kerana tidak ingat di mana dia meletakkan beg tersebut.
Bagi kesalahan mencuri, Yi boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.