Lelaki dipenjara 6 bulan, lindungi 2 pesalah imigresen di flat Bedok Reservoir
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar ICA)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 53 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada Selasa (14 Nov) kerana melindungi dua pesalah imigresen dari China di flat Bedok Reservoir miliknya.
Lim Sin Kian melindungi Zhao Shunnu, 58 tahun, dan Jin Xiannu, 60 tahun, kedua-duanya warga China, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan.
Lim disabit kesalahan melindungi Zhao manakala satu tuduhan berasingan kerana melindungi Jin diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
ICA berkata: "Meskipun tahu bahawa Zhao dan Jin adalah warga asing, Lim tidak menjalankan pemeriksaan untuk menyemak dokumen pengenalan mereka dan mengesahkan sama ada mereka berada di Singapura secara sah."
Pegawai ICA menangkap Zhao dan Jin pada 30 Ogos kerana terus berada di Singapura secara tidak sah selepas tamat tempoh pas lawatan mereka masing-masing pada 23 Mei 2009, dan 24 April 2006.
Kedua-dua wanita itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan. Selain itu, Zhao didenda S$2,500 dan Jin didenda S$3,500.
Siasatan ICA mendapati pada Januari 2021, Zhao menyewa sebuah bilik di flat Lim di Bedok Reservoir dengan membayar S$550 sebulan.
Pada Jun tahun yang sama, Jin menyewa bilik lain di flat yang sama selepas dia diperkenalkan kepada Lim oleh Zhao, juga dengan membayar S$550 sebulan.
Lim maklum bahawa Zhao dan Jin telah tinggal di sini melebihi tempoh yang dibenarkan pada Jun tahun ini dan memberitahu mereka untuk keluar dari flat itu. Bagaimanapun, dia terus membenarkan mereka tinggal di flatnya sehingga 30 Ogos.
Oleh itu, dia telah melakukan kesalahan melindungi pesalah imigresen di bawah Akta Imigresen, kata ICA.
ICA berkata bahawa ia mengambil pendirian tegas terhadap mana-mana orang yang melindungi pesalah imigresen.
Sesiapa yang ingin menyewakan premis mereka mesti menjalankan pemeriksaan dalam menyemak status bakal penyewa asing mereka bagi memastikan status mereka di Singapura adalah sah, tambah ICA.
Mereka dikehendaki menjalankan tiga pemeriksaan wajib untuk menyemak pas imigresen atau pas kerja asal penyewa itu dan butir-butir pada pasnya dengan butir pada pasportnya.
Mereka juga harus mengesahkan kesahihan pas penyewa berkenaan dengan memeriksa dengan pihak berkuasa yang mengeluarkannya, seperti Kementerian Tenaga Manusia bagi pas kerja dan ICA untuk pas imigresen.
Jika didapati bersalah secara cuai atau sengaja menlindungi individu yang tinggal melebihi tepoh yang dibenarkan atau pendatang tanpa izin, atau kedua-duanya, pesalah berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan dua tahun serta denda sehingga S$6,000.
Mereka yang secara cuai melindung pesalah imigresen seperti itu boleh dipenjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$6,000, atau kedua-duanya.

Sumber : Today/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.