Lelaki dipenjara 4 minggu guna troli langgar robot Certis Cisco di Jewel Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang menggunakan troli untuk merempuh sebuah robot di Lapangan Terbang Changi ketika dia mengalami episod skizofrenia dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Rabu (17 Mei).
Carlos Daniel Alves de Sousa, 40 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan perbuatan nakal.
De Sousa, seorang warga Portugis yang tinggal di Singapura, ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan di penjara sejak 20 April.
De Sousa berjalan-jalan di sekitar Jewel Lapangan Terbang Changi pada 24 Mac apabila dia menggunakan sebuah troli bagasi untuk melanggar robot yang dikenali sebagai Robot Penguatkuasaan Rondaan dan Trafik (Peter), milik Certis Cisco, yang sedang membuat rondaan.
Peter dikerahkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Certis Cisco untuk menambah rondaan sedia ada oleh para pegawainya di Jewel Lapangan Terbang Changi.
APA YANG BERLAKU
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Susanna Yim memberitahu mahkamah bahawa pada 24 Mac, satu aduan dibuat oleh seorang pegawai keselamatan penerbangan Certis Cisco pada pukul 8.47 malam, mengenai insiden yang melibatkan robot rondaan Jewel yang rosak.
Siasatan mendapati bahawa kira-kira sejam sebelum itu, pegawai tersebut diberitahu orang awam yang menyaksikan De Sousa menggunakan troli lapangan terbang yang mengangkut bagasinya untuk melanggar Peter di tingkat dua tepi jalan Jewel Lapangan Terbang Changi.
Pegawai itu menyedari bahawa Peter tidak bergerak dan bahagian luarnya rosak.
Pegawai itu pergi mencari De Sousa dan menemuinya di kawasan bas Terminal 1 Lapangan Terbang Changi. Pegawai itu kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Rakaman CCTV dalaman diperiksa dan ia menunjukkan De Sousa menggunakan troli lapangan terbang untuk merempuh Peter lalu menyebabkan ia terjatuh.
Peter menanggung kerosakan bernilai S$13,080 dan tidak dapat beroperasi selama 48 hari. Sepanjang tempoh Peter tidak berkhidmat, tiada robot pengganti untuk menambah rondaan keliling yang dilakukan para pegawai.
Menyusuli penangkapannya, De Sousa ditahan reman di IMH untuk penilaian psikiatrik antara 20 April hingga 4 Mei. Dia kemudian direman di penjara.
Laporan IMH menyatakan bahawa De Sousa mengalami episod skizofrenia apabila dia melanggar robot itu.
DPP Yim berkata dengan mengambil kira bahawa De Sousa mempunyai masalah kesihatan mental, pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak mendapatkan perintah pampasan atau hukuman penjara dua hingga tiga bulan yang sebaliknya akan dicadangkan.
Beliau sebaliknya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat minggu.
Bagi kesalahan melakukan perbuatan nakal, De Sousa boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.