Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 24 minggu, kahwin isteri kedua di Mauritius

Seorang lelaki yang sudah berumah tangga melamar kekasihnya dengan menunjukkan sijil perceraian dengan isteri pertama tetapi menyorok  kewujudan isteri kedua. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 24 minggu, kahwin isteri kedua di Mauritius

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Oct 2021 10:32AM Dikemas Kini : 02 Oct 2021 10:34AM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang sudah berumah tangga melamar kekasihnya dengan menunjukkan sijil perceraian dengan isteri pertama tetapi menyorok kewujudan isteri kedua.

Pasangan kekasih itu berkahwin di Mauritius pada 2011. Lelaki Singapura berkenaan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada isteri kedua dan ketiganya selama tujuh tahun dengan berpura-pura dia perlu kerap bekerja di luar negara.

Pada 2018, isteri keduanya terjumpa sijil perkahwinan lelaki itu dengan isteri ketiganya dalam beg suami beliau. Wanita itu kemudian memfailkan aduan polis.

Yeo Sick Kong, 55 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 24 minggu pada Jumaat (1 Okt). Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan bigami dengan mengambil isteri kedua apabila dia sudahpun sah berkahwin mengikut undang-undang.

Mahkamah diberitahu Yeo berkahwin dengan isteri keduanya, Cik Tan, pada 2005 dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun.

Pada 2006, Yeo berkawan dengan seorang wanita Malaysia, Cik Ooi, di tempat kerja dan mereka kemudian mula menjalin hubungal seksual. Yeo memberitahu Cik Ooi dia sudah bercerai dengan menunjukkan sijil perceraian dengan isteri pertamanya, Cik Quah.

Dia bagaimanapun tidak membuka mulut tentang Cik Tan, kini 44 tahun, kepada wanita itu dan tidak memberitahu isterinya dia ada hubungan sulit.

Pada 2011, Yeo melamar Cik Ooi dan wanita itu bersetuju untuk berkahwin dengannya. Mereka pergi ke Mauritius dan berkahwin pada 23 September 2011. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Antara 2011 hingga 2018, Yeo ulang-alik antara rumah Cik Ooi dan Cik Tan. Apabila mereka menyoalnya, Yeo mendakwa dia sibuk dengan projek di luar negara yang memerlukannya untuk berada di sana secara fizikal, menurut pendakwa.

ISTERI KEDUA TERJUMPA SIJIL PERKAHWINAN

Pada Oktober 2018, Cik Tan terjumpa sijil perkahwinan di Mauritius dalam beg Yeo yang tertera nama suaminya dan Cik Ooi.

Mahkamah diberitahu Cik Tan tidak segera membuat aduan kerana mahu memberi peluang untuk mencari jalan perdamaian dalam rumah tangganya.

Yeo memfailkan perceraian pada Disember 2018 dan Cik Tan akhirnya membut aduan polis pada Mei 2020.

Penghakiman sementara bagi perceraian Cik Tan dengan Yeo diluluskan tetapi prosiding masih dijalankan sementara menunggu penghakiman muktamad.

Bagi perbuatan berkahwin lain ketika isterinya masih hidup, Teo boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa