Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 20 tahun, dirotan kerana cabul kehormatan budak perempuan 11 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki, 34 tahun, dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 24 sebatan rotan kerana mencabul kehormatan budak perempuan berusia 11 tahun dan memberinya dadah.

Muhammad Hisham Abdul Karim "melungsuri internet" sebelum memilih sasarannya, iaitu seorang murid sekolah rendah dan berkawan dengannya melalui Instagram.

Kemudian, dia mencabulinya beberapa kali dan memberinya dadaj methamphetamine atau lebih dikenali sebagai ice untuk diambil di belakang sebuah lori.

Hisham mengaku bersalah atas kesalahan mencabuli kehormatan budak perempuan bawah umur dengan 11 lagi kesalahan lain dipertimbangkan.

Mahkamah diberitahu bahawa Hisham melihat profil Instagram mangsa yang berumur 11 tahun pada Mei 2017. Mangsa seorang murid di sekolah rendah dan mendedahkan nama sekolahnya di profil instagramnya. Mangsa juga memuat naik gambar dirinya memakai jersi sekolah.

Hisham membuat permohonan untuk berkawan dengan mangsa di Instagram. Mangsa menyedari bahawa Hisham juga mengikuti beberapa rakan sekolahnya apabila melihat profil Hisham.

Hisham berjumpa dengan mangsa di tangga sebuah bangunan sebelum pertengahan November 2017, menurut dokumen mahkamah.

Di tangga itu, Hisham mencium mangsa dan melakukan perbuatan seks dengannya. Mereka berjumpa lagi tahun itu dan Hisham menumpangkan mangsa menaiki motosikalnya. Dia membawa mangsa ke kawasan terbuka tempat meletak kereta di daerah Woodlands.

Dia menyuruh mangsa masuk ke belakang lori syarikatnya sebelum mengikutinya.

Mereka berbual di belakang lori itu lalu Hisham mengeluarkan bahan putih yang dipanggil ice, iaitu nama popular bagi meth. Dia juga memberi mangsa bola kaca dengan tiub getah dan menyuruhnya merokok.

Mangsa mematuhinya dan Hisham melakukan perbuatan seks terhadapnya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumah.

Hubungan mereka menjadi renggang dan mereka tidak lagi berhubungan. Kesalahan hanya diketahui apabila mangsa mengikuti sesi bersama pegawai kes pada Februari 2020 dan mendedahkan bahawa dia melakukan seks bersama Hisham pada 2017.

Aduan polis dibuat dan Hisham diberkas.

Mahkamah diberitahu bahawa Hisham pernah didapati bersalah pada 2016 atas satu kesalahan mencabul kehormatan budak perempuan bawah umur dan dihukum penjara 10 bulan.

Hakim Mavis Chionh berkata mangsa daripada kes
terkini mudah terpengaruh dan kesalahan yang dilakukan, "jelas dirancang dan secara licik".

Beliau menambah bahawa Hisham "melungsuri internet" sebelum "memilih mangsa dan rakan sekolahnya di Instagram" sebelum berkawan dengannya. Hisham tahu "sepenuhnya" bahawa mangsa seorang murid sekolah rendah.

Faktor yang memburukkan keadaan adalah memberi mangsa dadah kerana akan membuatnya lebih terpengaruh, kata Hakim Chionh.

Hisham juga mendedahkan mangsa kepada risiko dijangkiti penyakit seks. Dia mengaku kepada seorang pakar psikiatri bahawa dirinya kerap mengadakan hubungan seks dengan pekerja seks dari 2013 hingga 2018.

Hakim tidak bersetuju dengan titik permulaan penjara 11 tahun bagi setiap pertuduhan, menyatakan bahawa ia sepatutnya lebih tinggi. Beliau menambah bahawa hukuman yang diterima Hisham pada 2016 atas jenayahnya sebelum ini "tidak mengajarnya apa-apa".

Seorang pakar psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH) memeriksa Hisham dan mendapati bahawa dia memenuhi kriteria bagi gangguan pedofilik, berisiko untuk melakukan kesalahan seksual semula, dengan "tahap kronik yang jelas membimbangkan" bagi kesalahan-kesalahan seksual.

Bagi serangan seksual mencabul kehormatan kanak-kanak bawah 16 tahun, dia boleh dipenjara antara lapan dengan 20 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan