Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 20 minggu, ugut temanita ambil gambar bogel ibunya, ajak orang tidak dikenali lakukan seks

Dalam tempoh beberapa kali seminggu, seorang lelaki, 23 tahun akan mendesak temanitanya supaya menghantar gambar bogel dirinya sendiri. Jika wanita itu membantah, lelaki itu akan mengugut untuk memukulnya, mengancam untuk bunuh diri atau memuatnaik video seks mereka online.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 20 minggu, ugut temanita ambil gambar bogel ibunya, ajak orang tidak dikenali lakukan seks

(Gambar: Adrianna Calvo/Pexels)

SINGAPURA: Dalam tempoh beberapa kali seminggu, seorang lelaki, 23 tahun akan mendesak temanitanya supaya menghantar gambar bogel
dirinya sendiri. Jika wanita itu membantah, lelaki itu akan mengugut untuk memukulnya, mengancam untuk bunuh diri atau memuat naik video seks mereka online.

Selepas kira-kira dua tahun keadaan itu berterusan, lelaki itu memberitahu temanitanya gambar-gambar tersebut tidak lagi memuaskan nafsunya dan meminta wanita itu mengambil gambar bogel ibunya pula.

Dia kemudian memeras ugut temanitanya itu dengan gambar dan video, menyuruhnya meminta orang yang tidak dikenali untuk melakukan seks dan menghantar perbualan mereka kepadanya untuk memuaskan nafsu.

Atas perbuatannya yang dilakukan pada 2020 itu, lelaki itu yang kini berusia 25 tahun dihukum penjara selama 20 minggu pada Khamis (8 Sep).

Rakyat Singapura itu yang tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, mengaku bersalah atas satu tuduhan masing-masing kerana bersubahat melakukan voyeurisme dan mengancam untuk mengedarkan gambar dan video intim.

Dua lagi tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan menghantar objek lucah diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu mula menjalain hubungan dengan temanitanya, yang dua tahun lebih muda darinya pada 2018. Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana mereka bertemu.

Dia membuat beberapa rakaman mereka melakukan hubungan seks dengan persetujuan temanitanya.

Pada awal 2020, dia memberitahu temanitanya itu dia tidak lagi puas hati dengan koleksi gambar yang dihantar mangsa. Dia mengugut untuk memukulnya atau memuat naik gambarnya online jika wanita itu tidak ajukan pilihan lain.

Atas sebab ketakutan, temanitanya itu mencadangkan dia membayangkan dirinya mengadakan hubungan seks dengan ibu wanita itu yang berusi, 53 tahun, kata Timbalan Pendakwa Raya(DPP) Bryont Chin.

Lelak itu bersetuju dan kemudian mendesak temanitanya itu mengambil gambar bogel ibunya.

Dia juga mendesak wanita itu supaya menghubungi orang yang tidak dikenali untuk mengadakan seks dan menghantar perbualan mereka.

Kerana takut, wanita itu memuatturun aplikasi Tinder.

Dua hari kemudian, wanita itu membuat laporan polis. Lelaki itu memadamkan semua mesejnya dan bahan yang boleh menunjukkan dia bersalah.

Pada Khamis (8 Sep), DPP Chin meminta hukuman penjara antara 18 dengan 21 minggu dengan menarik perhatian siasatan terhalang kerana perbuatan lelakk iitu.

Atas kesalahan intai atau bersubahat melakukan intai, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan tiga hukuman itu.

Bagi kesalahan mengedar atau mengugut untuk mengedar gambar dan rakaman intim, dia boleh juga dipenjara sehingga lima tahun, didenda, rotan, atau mana-mana gabungan tiga hukuman itu.
Sumber : Today/HY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan