Skip to main content

Singapura

Lelaki dipenjara 2 tahun; miliki 15,000 gambar, video pornografi kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun pada Selasa (28 Mac) kerana memiliki lebih 15,000 gambar dan video pornografi kanak-kanak.

Ansari Abdul Amin, rakyat Singapura berusia 36 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.

Mahkamah mendapati Ansari mula menonton bahan pornografi menerusi aplikasi Telegram antara 2013 hingga 2014.

Dia menyertai kumpulan sembang berunsur dewasa melalui wadah itu, dengan menggunakan nama "Rong Yuan".

Dia memuat turun video dan gambar pornografi daripada perbualan-perbualan itu dan dengan menggunakan khidmat simpanan berlandaskan pengkomputeran awan dan khidmat hos fail.

Dia membuka dua akaun bagi khidmat hos online itu - yang kedua dibuka kerana akaun pertama sudah melebihi muatan simpanan.

Ansari mula menonton bahan penderaan kanak-kanak antara 2014 hingga 2015. Dia akan menontonnya dua atau tiga kali seminggu dan kemudian memadam bahan itu dari telefon bimbitnya.

Dia memberitahu para penyiasat bahawa dia melakukan demikian "untuk tontonan dan keseronokan sendiri" dan akan memadam sebarang video "berulang". Dia juga akan menyimpan video-video "baru" bagi memudahkan pertukaran dengan pengguna lain.

Bahan yang ditonton meliputi video melibatkan bayi dan kanak-kanak bawah usia 11 tahun dengan orang dewasa.

Bermula dari 2016, Ansari mula bertukar-tukar bahan sedemikian dengan pengguna Telegram lain. Mereka akan memadam log perbualan selepas menerima bahan daripada pihak lain.

Pada 18 Oktober 2021, polis bertindak berdasarkan maklumat yang mengatakan bahawa Ansari memuat turun bahan penderaan kanak-kanak online dan polis memberkas Ansari di tempat kerjanya.

Para pegawai turut menyerbu rumahnya dan merampas telefon-telefon miliknya.

Akaun-akaun online Ansari menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 15,580 fail elektronik yang mengandungi bahan penderaan kanak-kanak.

Hukuman bagi kesalahan memiliki bahan penderaan kanak-kanak adalah hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau sebatan rotan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita