Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 2 bulan, upah warga China ambil ujian Teori Akhir selepas gagal

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 2 bulan, upah warga China ambil ujian Teori Akhir selepas gagal

Pusat Memandu Keselamatan Singapura (SSDC). Gambar: Google Maps

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mengupah lelaki lain untuk mengambil ujian Teori Akhir bagi pihaknya, selepas dia gagal dalam ujian itu, dijatuhi hukuman penjara dua bulan pada Selasa (15 Nov).

Zhu Junyuan, 25 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan bersubahat menipu dengan melakukan penyamaran.

Mahkamah mendapati Zhu pergi ke Pusat Memandu Keselamatan Singapura (SSDC) pada 16 Jun tahun ini untuk mengambil ujian Teori Akhir untuk layak mendapatkan lesen memandu.

Dia bagaimanapun gagal dalam ujian itu dan kemudian keluar untuk menghisap rokok. Di luar, dia melihat seorang lelaki warga China, 38 tahun, Leng Shuang.

Leng menasihatinya supaya mendapatkan satu lagi slot ujian dan Zhu mendapatkan slot pada 30 Jun.

Leng memberitahu Zhu bahawa dia tahu bagaimana untuk lulus ujian tersebut. Zhu kemudian menawarkan upah kepada Leng jika dia dapat bantu Zhu lulus.

Sekitar pukul 6.30 petang pada hari ujian, seorang pegawai yang menjalankan ujian memandu, yang ditempatkan di luar bilik Ujian Teori Akhir, mula memanggil nama orang-orang yang akan mengambil ujian supaya melaporkan diri kepada beliau dan mengesahkan identiti mereka.

Apabila nama Zhu dipanggil, Leng menghampiri pegawai berkenaan dan menyerahkan NRIC Zhu.

Pegawai itu kemudian menyedari bahawa gambar di dalam kad pengenalan tidak sama dengan muka Leng.

Leng kemudian mengakui bahawa dia bukan Zhu.

Pegawai kemudian meminta bantuan dan membuat aduan polis.

Zhu dibenarkan menangguhkan hukuman penjaranya ke Disember.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan