Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 2 bulan kerana masuk kawasan larangan SAF, dakwa mahu petik daun pandan

Cheng Lee Meng, 62 tahun, sering mengubah ceritanya apabill ditanya sebab dia berada di kawasan larangan tersebut dan bagaimana dia ada kunci untuk membuka pagar di situ.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 2 bulan kerana masuk kawasan larangan SAF, dakwa mahu petik daun pandan

Cheng Lee Meng (kanan) dan tertuduh bersama Ng Kiong Hoe (Gambar: TODAY/Nuria Ling)

Diterbitkan : 30 Nov 2021 06:00PM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 06:04PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang menceroboh kawasan larangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk melakukan kegiatan sembahyang atau memetik daun pandan dihukum penjara selama 2 bulan pada Selasa (30 Nov).

Cheng Lee Meng, 62 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan melanggar Akta Keselamatan Prasarana kerana memasuki kawasan larangan.

Mahkamah diberitahu bahawa Pegawai Waran Kedua, SAF, berada di Jalan Lim Chu Kang, Track 13 untuk latihan operasi dan pada sekitar 2.45 petang pada 9 Sep 2020, beliau ternampak Cheng memandu vannya ke pagar yang bermangga.

Tertuduh bersama, Ng Kiong Hoe, 63 tahun, kemudian turun dari van dan membuka pagar sebelum Cheng terus memandu ke dalam kawasan latihan askar di Track 9.

Kawasan latihan itu merupakan kawasan larangan dengan dua papan tanda bertulis dalam 4 bahasa "Kawasan Larangan. Dilarang masuk jika tiada kebenaran."

Pegawai Waran kedua itu bertindak menahan kedua lelaki tersebut. Ng tidak menjawab apabila ditanya sebab di berada di situ.

Cheng pula awalnya mendakwa dia seorang kontraktor yang ditugaskan untuk membuat kerja di situ. Bagaimanapun pegawai itu merasakan ada yang tidak kena kerana telah diberitahu tidak ada kerja-kerja dijadualkan di Track 9 ketika itu.

Cheng kemudian mengubah ceritanya dan mendakwa dia ingin melakukan kegiatan sembahyang.

Dia sekali lagi menukar sebab berada di kawasan itu dengan mendakwa ingin memetik daun pandan.

Cheng mendakwa mendapat kunci pagar daripada seseorang tetapi enggan menyatakan namanya.

Polis yang tiba kemudian tiba di kawasan tersebut menahan Cheng dan Ng.

Cheng mendakwa dia diberikan kunci oleh SAF sekitar tahun 2000 ketika mengendalikan perniagaan di domitori Ama Keng. Kunci tersebut untuknya membuka pintu pagar dekat domitori itu yang boleh masuk ke kawasan latihan SAF.

Apabila domitori dan pagar itu ditutup, Cheng cuba menggunakan kunci tersebut pada pagar baru di Track 9, dia mendapati salah satu daripadanya boleh membuka pagar tersebut.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati kenyataan Cheng itu palsu. SAF menggunakan mangga yang baru apabila Track 9 dibina pada 2019.

Polis mendapatkan senarai semua kontraktor yang diberi akses ke pagar di Track 9.

Mereka mendapati Cheng adalah kenalan Tan Kim Hua, seorang pekerja pembasmi serangga yang melakukan kerja di kawasan latihan itu, lantas meminta Tan membuat salinan kunci tersebut.

Bagi kesalahan menceroboh kawasan larangan tanpa kebenaran, Cheng boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda tidak lebih S$20,000 atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/FA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan