Lelaki dipenjara 15 minggu kerana serang bekas kekasih berulang kali
Anggaran Waktu Membaca:
Ilustrasi seseorang pengintai menghendap mangsanya. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 37 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 minggu selepas didapati bersalah menyerang bekas teman wanitanya sebanyak tiga kali pada 2022 dan mencuri telefon bimbitnya di sebuah kelab malam.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan mahkamah.
Identitinya dilindungi oleh perintah mahkamah.
LATAR BELAKANG KES
Mangsa, Cik V, berkenalan dengan tertuduh menerusi satu kumpulan sembang di Telegram bagi khidmat tumpang kenderaan pada awal 2022.
Mereka menjalin hubungan namun mangsa kemudian mendapat tahu bahawa suspek sedang menjalani proses bercerai, mempunyai anak-anak dan seorang lagi teman wanita.
Mangsa cuba menamatkan hubungan mereka pada April 2022, namun tertuduh mengganggunya menerusi panggilan telefon, menunggunya di bawah blok dan berkali-kali merampas barang miliknya.
Mangsa kemudian mendapatkan perintah perlindungan peribadi pada 2023.
SERANGAN YANG BERLAKU
22 Julai 2022
Cik V melihat suspek menunggu di kolong bloknya. Dia memaksa Cik V menaiki keretanya, menghinanya, memukul bahagian kepala dan tangannya, memulas tangannya dan merabanya. Dia kemudian memandu ke Tuas, enggan memulangkan telefon bimbitnya dan hanya kembali selepas polis dihubungi.
Dia mendakwa bahawa dia sekadar "menahan mangsa" dan tidak melakukannya dengan niat melakukan keganasan, namun hakim menerima keterangan Cik V.
23 November 2022
Suspek menawarkan untuk membelikan Cik V telefon bimbit baharu, kemudian membawanya keluar untuk minum minuman keras.
rakaman CCTV menunjukkan dia mengheret Cik V keluar dari hotel lif; dia terjatuh, hidungnya berdarah dan kemudian mengalami lebam dan keretakan pada bahagian dada.
Kakitangan hotel kemudian menghubungi anggota paramedik.
Namun tertuduh berhujah bahawa minumannya dicampur ubat dan dia bertindak "secara refleksif", tetapi hakim menolak hujahannya sebagai "spekulatif, khayalan dan tanpa asas sama sekali."
26 November 2022 - Insiden di kelab malam
Selepas minum minuman keras di Zouk, Cik V enggan membenarkan tertuduh menghantarnya pulang.
Dia merampas telefon bimbitnya, cuba menghalangnya keluar, menumbuknya dan mengheretnya ke jalan raya sehingga teman-temannya masuk campur.
Dia mendakwa telefon bimbit itu adalah "telefon bimbit milik syarikat," namun mahkamah menolak hujahan itu.
PEMBELAAN DAN HUKUMAN
Lelaki terbabit, yang tidak diwakili peguam bela, mendakwa minumannya dicampur ubat tanpa pengetahuannya, rakaman CCTV diubah, dan telefon yang dirampasnya adalah milik syarikat.
Dia juga mendakwa bahawa Cik V dan beberapa individu terbabit ada kaitan dengan sindiket penyeludupan rokok yang ingin membalas dendam terhadapnya.
Hakim mendapati pernyataan bela yang dikemukakannya tidak konsisten, spekulatif dan "sama sekali tidak berasas."
Hakim menyatakan tertuduh kelihatan berada dalam keadaan tenang dalam rakaman CCTV dan dia hanya menjejas kesnya sendiri setelah membangkitkan dakwaan konspirasi yang tidak berasas.
Hakim Daerah Cheng Yuxi sabit kesalahan suspek atas keempat-empat tuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara 15 minggu. Tertuduh sedang mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.