Lelaki dipenjara 13 tahun, dirotan kerana jual ganja ketika usia 18 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan lapan sebatan rotan pada Jumaat (4 Ogos) kerana menolong pembekalnya mengambil dan menjual ganja untuk mendapatkan 30 peratus daripada keuntungan.
Pada waktu kesalahan itu, dia merupakan seorang penuntut politeknik berusia 18 tahun.
Kwan Jun Yan, yang berusia 23 tahun sekarang, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menjual ganja dan satu pertuduhan menggunakan bahan cannabinol. Satu lagi pertuduhan diambil kira manakala pertuduhan yang keempat ditarik balik.
Makhamah diberitahu bahawa Kwan, seorang warga Singapura, mula mengambil ganja sejak April 2017 selepas seorang kawan memperkenalkan dadah itu kepadanya.
Mereka akan mengongsi dadah itu, dengan 10g ganja bernilai S$120 boleh bertahan untuk dua minggu.
Kwan berkata bahawa dia mengambil ganja kerana ia dianggap 'tabiat hebat' dan akan menarik perhatian orang di sekelilingnya.
Selepas kawannya ditangkap pada hujung 2017, Kwan menghentikan tabiat itu buat seketika.
Namun, dia memulakannya lagi selepas menghubungi seorang pembekal ganja pada Jun 2018 untuk mencari kerja bagi mendapatkan duit dengan cepat.
Pembekal itu menawarkan 30 peratus keuntungan jika Kwan setuju untuk mengambil dan menjual ganja kepada pelanggannya.
Kwan menerima tawaran itu kerana ingin membiayai 'pembelanjaan mewah' termasuk pembelian rokok, pertaruhan bola sepak dan arak, kata pihak pendakwa.
Kwan dan pembekalnya - yang tidak dinamakan dalam dokumen makhamah - akan berkomunikasi melalui panggilan telefon dan pesanan WhatsApp dengan menggunakan kad SIM prabayar yang diberi oleh pembekalnya.
Kwan akan mengambil bekalan ganja daripada orang-orang yang tidak dikenal pasti menurut arahan pembekalnya, sebelum menyusunnya ke dalam bungkusan yang lebih kecil.
Bungkusan-bungkusan ini kemudian dihantarkan kepada para pelanggan pembekalnya, di mana dia akan mengumpul bayaran dan memberikannya kepada pembekalnya yang akan membayarnya 30 peratus daripada keuntungan yang dikumpul.
Pada 11 Julai 2018, kwan mengambil dua bekalan ganja daripada seorang lelaki India yang tidak dikenal pasti di sebuah perhentian bas di Gul Crescent.
Dia menyimpan bekalan itu ke dalam beg sandangnya, yang pada masa itu mengandungi 15 paket ganja daripada transaksi yang sebelumnya, sambil menunggu arahan selanjutnya daripada pembekalnya.
Walau bagaimanapun, urus niaga itu diketahui oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Kwan diserbu para pegawai CNB di perhentian bas itu. Dia ditemui dengan dadah, sebuah penimbang digital, pisau lipat yang digunakan untuk memotong dadah serta beberapa beg bungkusan guna semula.
Remaja itu ditemui dengan 480.79g dadah pada keseluruhannya.
Dia dibawa ke flatnya di Kim Tian Road di mana lebih banyak lagi barangan dan peralatan dadah ditemui.
Ujian saringan air kencing mendapati Kwan positif dadah ganja. Menurut Kwan, dia mengambil dadah pada pagi urus niaga terakhirnya.
Pembekal Kwan juga ditangkap pada hari yang sama
Pihak pendakwa meminta hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan rotan bagi Kwan, yang tidak mempunyai kesalahan lain sebelum ini, berdasarkan jumlah dadah yang dijual - sekitar 329.99g ganja.
HANYA BERUSIA 18 TAHUN: PEGUAM BELA
Peguam bela Wee Hong Shern bersetuju dengan hukuman penjara tersebut tetapi memohon untuk mengurangkan dua sebatan rotan.
Beliau berkata bahawa kes itu memberikan "dua keadaan bertentangan yang ekstrim - di satu sudut, anak guamnya hanya berusia 18 tahun pada waktu itu, tetapi dia juga melakukan kesalahan yang serius".
Encik Wee mengatakan beliau mengendalikan kes itu sejak 2019. Beliau juga berkata beliau perlu mengingatkan bahawa Kwan hanya berusia 18 tahun pada waktu kesalahan.
"Memandangkan dia masih berusia 23 tahun, usia yang masih muda lagi, prinsip pencegahan tidak seharusnya berlaku terlalu jauh ke hadapan. Terdapat lebih banyak ruang untuk menjadikan pemulihan tumpuan utama," katanya.
Beliau juga mengatakan bahawa anak guamnya mengalami gangguan penyesuaian dan gejala kemurungan.
Peguam itu menulis dalam rayuan mitigasi bahawa Kwan sudah bergaul dengan orang-orang yang salah semasa zaman politeknik di mana dia diperkenalkan dengan ganja, yang menyebabkan dia menjadi ketagih.
Kwan adalah anak bongsu. Ibunya menghadiri perbicaraan pada Jumaat.
KEPUTUSAN HAKIM
Hakim Besar Daerah Jill Tan memberitahu Kwan bahawa betapa malangnya dia bergaul dengan pihak yang salah.
"Saya tahu bahawa anda sudah menghabiskan lima tahun dalam tahanan reman, dan saya percaya bahawa anda sudah menggunakan masa ini untuk merenung semula kesilapan anda dan berfikir tentang bagaimana anda boleh kembali ke pangkal jalan selepas anda dibebaskan," katanya kepada Kwan, yang terus mengangguk.
Hakim berkata hukuman permulaan yang betul adalah 15 tahun dan 11 sebatan, sebelum ia disesuaikan mengikut sebarang faktor yang memburukkan dan mengurangkan.
Mengenai faktor yang memburukkan, Hakim berkata bahawa Kwan membantu pembekalnya mengedar dadah, berkongsi 30 peratus daripada keuntungan dan menggunakan wang itu untuk membuat pertaruhan dalam perlawanan bola sepak serta merokok dan minum arak.
"Secara seimbangnya, pendapat saya adalah waktu remaja anda perlu dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman ke atas anda, walaupun terdapat faktor yang memburukkan," katanya sambil menjatuhkan hukuman yang dimohon oleh peguam bela.
Atas kesalahan mengedar dadah terkawal Kelas A, Kwan boleh dipenjarakan antara lima hingga 20 tahun, dan dikenakan lima hingga 15 sebatan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.