Lelaki dipenjara 12 tahun, sebat kerana rogol wanita dikenali online guna profil palsu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Meskipun hanya ada kira-kira S$20 dalam akaun banknya, Li Jiajie menawarkan S$2,000 kepada seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi sembang untuk adakan hubungan seks. Dia menambah jumlah itu kepada S$2,500 apabila wanita tersebut pada mulanya menolak.
Apabila wanita itu akhirnya bertemu empat mata dengannya, dia tidak dapat mengenali Li kerana lelaki itu menggunakan gambar profil lelaki lain.
Mereka pergi ke flat Li di Upper Boon Keng Road sekitar 1 pagi. Menurut dokumen mahkamah wanita itu tahu mereka akan melakukan hubungan seks. Apabila dia kemudian meminta wangnya, Li mengabaikan permintaan wanita itu. Li juga tidak membenarkan mangsa meninggalkan rumahnya.
Sebaliknya, Li mengancam untuk menghubungi polis untuk melaporkan bahawa mangsa melacurkan dirinya.
LI kemudian menyerang mangsa dengan mencekik dan menumbuknya sebelum merogol wanita itu.
Pada Jumaat (21 Okt), Li, seorang warga China, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol.
Mangsa yang ketika itu berusia 28 tahun, tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identitinya.
Pakar psikiatri Institut Kesihatan Mental mendapati Li tidak mempunyai masalah mental ketika melakukan kesalahan.
Atas kesalahan merogol dan menyebabkan kecederaan untuk memudahkan perbuatan merogol, Li boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dengan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Pesalah akan dipenjara sekurang-kurangnya lapan tahun.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.