Lelaki dipenjara 12 tahun 10 bulan, lakukan penderaan seksual ke atas 2 daripada 4 anak tiri
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Mediacorp.
SINGAPURA: Seorang lelaki 52 tahun yang melakukan penderaan seksual terhadap dua daripada empat anak perempuan tirinya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 bulan pada Isnin (5 Feb). Disebabkan usianya, lelaki itu tidak boleh dikenakan hukuman sebat dan digantikan dengan enam bulan penjara.
Identiti semua pihak yang terkait dengan kes itu tidak boleh didedahkan bagi melindungi mangsa-mangsanya yang kini berusia 24 dan 28 tahun. Mereka adalah anak bongsu daripada empat beradik perempuan.
Lelaki itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan serangan seksual, persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan, dengan tiga pertuduhan lain diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu mengenali ibu mangsa pada 2005. Wanita itu sudah mempunyai empat anak perempuan ketika itu.
Pada tahun yang sama, wanita itu dan anak perempuannya berpindah ke rumah pesalah, dengan anak perempuannya memanggilnya ayah.
Lelaki itu mula melakukan kesalahan tersebut pada 2005 ketika ibu mangsa menjalani hukuman penjara. Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan wanita tersebut.
KESALAHAN TERHADAP MANGSA PERTAMA
Mangsa pertama - anak tiri bongsu kedua, berumur 10 tahun ketika itu. Pesalah menyerangnya secara seksual ketika dia sedang tidur dengan adik bongsunya di rumah.
Pada lain kesempatan tahun yang sama, budak itu terjaga dari tidur kerana penderaan seksual bapa tirinya.
Dia meminta lelaki itu berhenti tetapi tidak diendahkan.
Budak itu tahu bahawa apa yang dilakukan oleh bapa tirinya adalah salah kerana dia telah menghadiri kelas pendidikan seksual di sekolah.
Dia berasa takut dan malu dan tidak tahu bagaimana untuk memberitahu orang lain tentang apa yang dilakukan bapa tirinya itu.
Lelaki tersebut mengulangi perbuatannya pada tahun 2012.
IBU 'TANGKAP' SUAMI LAKUKAN AKSI JELIK
Ibu mangsa sedang tidur di dalam bilik bersama mangsa pertama dan pesalah apabila dia tersedar dan melihat suaminya menindih anak perempuannya yang sedang tidur.
Mangsa bangun dan mula menangis.
Ibu mangsa bertengkar dengan suaminya, dan lelaki itu berbohong kejadian itu adalah kali pertama dia melakukan demikian.
Budak perempuan itu mendiamkan diri kerana percaya ibunya percaya apa yang dikatakan bapa tirinya.
Ibu budak itu kemudian memberitahunya supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut.
KESALAHAN TERHADAP ANAK TIRI BONGSU
Beberapa tahun kemudian pada Januari 2016, lelaki itu mengalihkan perhatiannya kepada anak tiri bongsunya, yang berusia 16 tahun.
Remaja itu telah pulang ke rumah selepas keluar dari hospital kerana demam panas. Dia mengambil ubat dan tertidur.
Dia terkejut dari tidur ketika lelaki itu mencabulnya.
Remaja itu memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku dan wanita itu bersemuka dengan pesalah. Lelaki itu mengaku menyentuh anak tirinya itu.
Dia merayu isterinya dan remaja itu, agar tidak melaporkannya kepada polis. Pada masa itu, remaja tersebut memutuskan untuk tidak membuat laporan polis.
Pada awal 2022, pesalah itu telah bergaduh dengan isterinya dan dimasukkan ke Institut Kesihatan Mental (IMH).
Pada tahun yang sama, isterinya memfailkan cerai.
Selepas keluar dari IMH, pesalah kembali tinggal bersama keluarga mangsa yang kemudian mengadu kepada kakaknya bahawa dia telah menjadi mangsa penderaan seksual bapa tirinya dan ibu mereka tahu perkara tersebut.
Adik bongsu mereka mendengar perbualan itu dan berkongsi bahawa bapa tiri mereka juga telah menderanya secara seksual.
Mangsa pertama membuat laporan polis pada bulan yang sama dan bapa tiri mereka ditangkap polis.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.