Lelaki dipenjara 12 minggu pandu tanpa lesen, langgar anak berusia 2 tahun
Petikan skrin video yang dimuat naik ke laman Facebook SG Road Vigilante yang menunjukkan kejadian setelah sebuah van melanggar seorang kanak-kanak kecil. (Gambar: Facebook/SG Road Vigilante-SGRV)
Lelaki itu sedang menghantar bungkusan bersama isterinya apabila dia memandu lalu van itu bersebelahan isterinya yang berada di luar kenderaan.
Ini sekali gus menyebabkan kereta sorong yang ditolak isterinya itu tergolek lalu menggilis anaknya yang tercampak keluar.
Wanita itu mengangkat jasad anaknya di tepi jalan dan meraung, tetapi kanak-kanak perempuan itu tidak dapat diselamatkan.
Dia membenarkan suaminya memandu van syarikatnya walaupun beliau tahu bahawa suaminya tidak mempunyai lesen memandu.
Dia juga pernah disabit kesalahan sebelum ini kerana memandu tanpa lesen.
Lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan memandu tanpa lesen dan memandu tanpa insurans.
Dua lagi tuduhan yang ada kaitan dengan menyebabkan kematian anak perempuannya akibat memandu dan mencederakan kaki isterinya dipertimbangkan dalam menentukan hukuman.
Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, dan bagi melindungi identiti anak tersebut, mereka tidak boleh dinamakan.
Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan sebatan pada Disember 2021 kerana terlibat dalam pinjaman wang tidak berlesen.
Walau bagaimanapun, dia tidak menyerah diri untuk menjalani hukumannya selepas mengemukakan sijil perubatan. Waran tangkap kemudian dikeluarkan terhadapnya.
"MASIH BERSEDIH"
Lelaki itu tidak diwakili peguam. Dia meminta mahkamah untuk menimbangkan bahawa kes berkenaan berlaku dua tahun lalu, tetapi "kes itu terus tertangguh semasa saya menjalani hukuman" untuk kesalahan lain.
"Satu lagi perkara, saya dan isteri saya masih bersedih, dan kami sudahpun menerima hukuman kami di dunia ini," tambahnya.
"Mengapa 'hukum' saya sekarang? Mengapa tidak ... dua tahun lalu, semasa saya berada di dalam penjara untuk menjalani hukuman terakhir saya?" katanya mengenai hukuman untuk kes berkenaan.
Dia juga berkata dia menunggu pegawai penyiasat untuk bertemu dengannya di penjara dan meminta keterangannya tetapi "tiada apa-apa sehingga saya dibebaskan".
"Saya dan isteri saya masih bersedih, masih bersedih atas kehilangan anak perempuan kami," tambahnya. "Kami tahu. Saya mengaku. Ia adalah kesilapan saya."
Dia berkata bahawa dia adalah satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya dan keadaan mental isteri terjejas kerana masih mengalami trauma akibat kejadian itu.
Dia memberitahu mahkamah bahawa dia masih perlu menjaga seorang anak lelaki dan seorang bayi berusia enam bulan dan meminta hukuman yang lebih ringan.
"Saya dan isteri saya ... (kami) benar-benar menyesal dan, sejujurnya, kami masih dalam keadaan bersedih."
Atas kesalahan memandu tanpa lesen sebagai pesalah berulang, dia boleh dihukum penjara sehingga enam tahun atau didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.
Rekod mahkamah menunjukkan bahawa isterinya mempunyai kes jenayah di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang masih belum selesai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.