Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dipenjara 1 bulan, baling sangkar burung ke arah temanita, ugut untuk ‘pecahkan mukanya’

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dipenjara 1 bulan, baling sangkar burung ke arah temanita, ugut untuk ‘pecahkan mukanya’

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Satu pertengkaran antara pasangan kekasih bertukar ganas apabila Vicnesvaran Jagadisan hilang sabar dan membaling sangkar burung besi seberat 1 kilogram ke arah temanitanya.

Dalam satu kejadian berasingan sebelum itu, Vicnesvaran mengugut untuk "pecahkan mukanya" di hadapan seorang pegawai polis, selepas temanitanya itu melaporkan kepada polis dia telah mencuri daripadanya.

Warga Singapura berusia 42 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan bertindak terburu-buru tanpa mengambil berat tentang keselamatan diri orang lain, dan satu tuduhan ugutan jenayah.

Dia dijatuhi hukuman penjara sebulan pada Jumaat (26 Mei).

Tiga lagi tuduhan  serupa diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Vicnesvaran dan temanitanya, Lakshmi, 39 tahun sudah putus hubungan.

Mereka yang disabit kesalahan kerana bertindak terburu-buru atau cuai hingga membahayakan nyawa orang boleh didenda sehingga S$2,500 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang melakukan ugutan jenayah untuk menyebabkan kecederaan teruk boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan