Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dilihat dalam longkang Hume Avenue; identiti belum dikenal pasti

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) masih berusaha untuk mengenalpasti identiti seorang lelaki yang dilihat di dalam sebatang longkang di Hume Avenue di daerah Hillview-Bukit Batok, menurutnya pada Jumaat (26 Mei). 

Mediacorp pada Khamis (25 Mei) melaporkan bahawa polis bersama pegawai Gurkha menjalankan operasi selama lima jam untuk mencari lelaki itu yang dilihat oleh seorang penduduk pada awal pagi. Pegawai agensi air negara PUB turut serta dalam operasi pencarian itu. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Jumaat, SPF menyatakan, bersama PUB, mereka menemui barangan ditinggalkan di dalam longkang itu, termasuk bagasi, baju, aksesori pakaian dan barang dapur. 

Terdapat juga 20 bungkusan rokok yang tidak dibayar cukai. 

Barangan yang ditinggalkan itu tidak bernilai dan sudah dibuang, tambah SPF. 

Kes itu sudahpun dirujuk ke Kastam Singapura. 

SPF menyatakan, mereka menerima panggilan meminta bantuan di 51 Hume Avenue pada pukul 6.39 pagi Khamis di mana seorang individu mencurigakan dilihat di dalam sebatang longkang tertutup berdekatan kaki lima. 

Namun, individu itu sudah meninggalkan kawasan berkenaan sebelum polis berjaya mengakses sistem saliran, menurut SPF lagi. 

"Orang ramai dinasihatkan segera menghubungi 999 jika melihat individu mencurigakan di estet perumahan mereka," tambah SPF. 

PUB menekankan, "orang ramai tidak dibenarkan memasuki longkang pada bila-bila masa bagi keselamatan mereka". 

Sesiapa yang didapati memasuki longkang tanpa kebenaran boleh didenda sehingga S$3,000. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan