Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dikenakan probesen, saling bertukar mesej lucah dengan remaja perempuan 12 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 21 tahun hari ini (10 Feb) diperintahkan supaya menjalani tempoh probesen selama satu tahun sembilan bulan kerana menghantar mesej lucah dan gambar kemaluannya kepada seorang remaja perempuan di wadah penghantaran mesej Discord.

Wan Muhamad Adlee Wan Azhar, warga Singapura, sebelum ini mengaku bersalah di mahkamah daerah atas satu tuduhan berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja bawah umur.

Mangsa, yang ketika itu berusia 12 tahun, tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identitinya.

Mahkamah diberitahu bahawa Adlee memulakan kumpulan server Discord pada Disember 2020 dan mempromosikannya di TikTok. Mangsa menyertai kumpulan itu pada awal 2021.

Pasangan itu kemudian saling berhubungan online menerusi wadah tersebut. Perbualan mereka pada mulanya bersifat saling menggoda, dengan "beberapa mesej romantis yang dihantar antara kedua-duanya", kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) R Arvindren kepada mahkamah.

Mereka tidak lama kemudian mula berkongsi mesej peribadi. Adlee berbohong kepadanya bahawa dia berumur 14 tahun dan belajar di sekolah menengah, tetapi sebenarnya dia berusia kira-kira 20 tahun pada waktu itu.

Dia menghantar mesej bersifat seksual kepada remaja itu selama lebih dua bulan hingga April 2021. Dia juga mengirimkan gambar kemaluannya, di mana mangsa menjawab: "Saya hampir tersedak air melihat gambar itu."

Adlee kemudian bertanya kepada remaja itu apa yang difikirkan tentang kemaluannya dan mangsa akan menjawab.

Pelbagai mesej lain dalam perbualan itu sangat bersifat seksual, termasuk Adlee menerangkan bagaimana dia akan membawa remaja itu ke tandas untuk orang kurang upaya dan memuaskannya secara seksual.

Dia juga menggambarkan bagaimana dia akan melakukan hubungan seks dengan mangsa di dalam bas atau semasa remaja itu sedang mengalami haid.

DPP Arvindren memberitahu mahkamah: “Mangsa turut menghantar kepada tertuduh satu gambar tidak senonoh yang menunjukkan dirinya sedang menarik bahagian atas bajunya dan dia memberitahu tertuduh supaya membuat dirinya hamil.

"Tertuduh mengaku semasa siasatan bahawa dia berasa terangsang secara seksual dengan mesej itu dan berkata dia ingin memohon maaf kepada mangsa kerana mengajarnya perkara sedemikian."

Kesalahan Adlee terbongkar pada 11 April 2021 apabila remaja itu enggan mempedulikan permintaan ibunya supaya tidur. Ketika remaja itu terus menggunakan iPad milik keluarga, ibunya mengambil peralatan tersebut daripadanya dan menemui mesej-mesej tersebut.

Beliau kemudian membuat aduan polis di Pusat Polis Kejiranan Geylang.

Sebagai sebahagian daripada syarat probesen Adlee, dia perlu berada di rumah dari pukul 11.00 malam hingga 6.00 pagi, melakukan 50 jam khidmat masyarakat dan menghadiri program rawatan khusus kesalahan yang menyasarkan kesalahan seksualnya.

Bapa tertuduh mengikat jamin S$5,000 untuk memastikan kelakuan baiknya.

Bagi mereka yang sabit kesalahan melakukan komunikasi seksual dengan individu bawah 14 tahun boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
 

Sumber : Today/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan