Skip to main content

Singapura

Lelaki dikenakan probesen, bakar poster dalam lif HDB bagi ganjaran S$5

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki 20 tahun menyahut cabaran oleh seorang pengguna Instagram untuk membakar poster di dalam lif awam.

Jika dia berjaya melakukan cabaran itu, dia akan diberi ganjaran S$5.

Dia kemudian membakar poster milik majlis bandaran di sebuah blok yang terletak di Woodlands. Selepas itu, dia menerima S$5 daripada seorang pengguna Instagram.

Disebabkan perbuatannya itu, dia juga dikenakan probesen 18 bulan oleh mahkamah pada Rabu (8 Mac).

Muhamad Haikhal Ramadhan Ash'ari mengaku bersalah atas satu tuduhan memulakan kebakaran yang mengakibatkan kerosakan pada harta benda awam.

Mahkamah diberitahu bahawa dia berhubungan dengan seseorang yang hanya dikenali sebagai 'Haziq' di Instagram sekitar pukul 2.00 pagi, 6 Mei tahun lalu.

Haziq mencabar Haikhal supaya membakar sekeping poster dalam sebuah lif awam untuk mendapatkan ganjaran S$5. Cabaran itu disetujui Haikhal.

Sekitar pukul 3.30 pagi pada hari yang sama, Haikhal memasuki lif di kolong blok 785A Woodlands Rise.

Di dalam lif tersebut, terdapat papan akrilik yang dipasang pada tembok.

Papan tersebut dimilki Rangkaian Penduduk Sembawang West Zon F.

Haikhal menarik sebahagian poster itu dan membakarnya menggunakan pemetik apinya.

Ketika dia keluar dari lif, poster itu masih terbakar.

Sebahagian poster itu terbakar dan meninggalkan kesan terbakar pada bahagian tepi papan akrilik tersebut.

Lif itu tidak mengalami sebarang kerosakan.

Seorang wakil dari Majlis Bandaran Sembawang membuat aduan polis pada hari kejadian.

Haikhal didapati sesuai untuk dikenakan probesen dan pendakwa tidak menghalang cadangan itu.

Selain probesen, dia juga harus menjalankan khidmat masyarakat selama 40 jam.

Ibunya membayar bon S$5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik sepanjang tempoh probesennya.

Atas kesalahan sengaja menyebabkan kebakaran pada harta benda awam, dia boleh djatuhi hukuman penjara sehingga 18 bulan, didenda, atau kedua-duanya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita