Lelaki dikena perintah tahanan, dilarang memandu cederakan 2 pejalan kaki, memandu meski lesen ditarik balik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meskipun lesen memandunya ditarik balik pada 2019 kerana mengumpul jumlah mata demerit yang terlalu banyak, David Wong Yong Soon tetap memandu dan malah, terlibat dalam sebuah kemalangan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada tahun yang sama.
Dia kemudian berbohong dengan mengatakan bahawa ibunya yang memandu kereta ketika itu.
Pada 24 Mac tahun ini pula, Wong menyebabkan satu lagi kemalangan ketika memandu di Cantonment Road apabila dia menghampiri lintasan pejalan kaki bersebelahan Pinnacle@Duxton di Tanjong Pagar pada Mac 2022. Nahas itu mengakibatkan kecederaan teruk ke atas dua pejalan kaki yang menyeberangi jalan raya secara sembarangan.
Pada Selasa (4 Okt), Wong, kini berusia 22 tahun, dikenakan perintah tahanan pendek selama tujuh hari.
Pesalah yang menerima hukuman berasaskan masyarakat ini perlu menjalani hukuman penjara tetapi mereka tidak akan mempunyai rekod jenayah apabila dibebaskan.
Wong juga diharamkan daripada memandu semua kelas kenderaan bagi tempoh lima tahun.
Wong mengaku bersalah atas lima tuduhan, termasuk memberi maklumat palsu kepada pegawai awam dan menyebabkan kecederaan parah semasa memandu tanpa berjaga-jaga dan memberikan perhatian yang sewajarnya.
Dua lagi tuduhan juga dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Mereka yang disabit kesalahan menyebabkan kecederaan parah semasa memandu tanpa berjaga-jaga dan memberi perhatian sewajarnya boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. Para pesalah juga akan diharamkan daripada memandu bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.