Skip to main content

Singapura

Lelaki dijumpai mati dekat Politeknik Republik; polis tidak syak perbuatan khianat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mayat seorang lelaki 49 tahun ditemui berhampiran Politeknik Republik di Woodlands, pada petang Sabtu (19 Ogos) lalu.

Dalam respons kepada soalan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kes kematian luar biasa itu pada pukul 2.45 petang di 7 Woodlands Avenue 9.

Lelaki itu disahkan maut di tempat kejadian dan polis menambah bahawa ia tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Gambar dimuat naik di laman Stomp menunjukkan beberapa pegawai polis yang memakai pelitup muka, di lokasi kejadian yang dikelilingi pagar dan penghadang.

Ketika Politeknik Republik dihubungi Mediacorp pada Isnin (21 Ogos), ia menyatakan mayat lelaki itu ditemui di luar pekarangan sekolah.

"Kami sudah mengesahkan bahawa lelaki itu bukan anggota Politeknik Republik".

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita