Lelaki dijel; serang AP Tan Wu Meng di sesi bertemu penduduk
Seorang lelaki, 32 tahun, yang menyerang Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng, dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan pada Selasa (23 Okt).
Gambar fail Dr Tan Wu Meng. (Gambar: Facebook / Tan Wu Meng)
SINGAPURA: Seorang lelaki, 32 tahun, yang menyerang Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng, dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan pada Selasa (23 Okt).
Mohammad Ameen Mohamed Maideen menyerang Dr Tan pada April di kolong Blok 334, Clementi Avenue 2, semasa sesi bertemu penduduk diadakan.
Mahkamah diberitahu bahawa Ameen berada di sana untuk meminta bantuan berhubung masalah rumahtangganya.
Rakaman video yang ditunjukkan di mahkamah menjukkan Ameen berjalan ke arah Dr Tan.
Dia kemudian mencengkam leher Dr Tan dan membanting beliau ke tembok.
Insiden itu, yang berlaku setelah jam 10.00 malam, berlangsung sekitar 30 saat.
Menurut dokumen-dokumen mahkamah, Ameen juga menumbuk dan menendang Dr Tan.
AMEEN SEBELUM INI SUDAH MINTA BANTUAN TIGA KALI
Mahkamah diberitahu bahawa sebelum ini, Ameen sudah meminta bantuan sebanyak tiga kali di sesi bertemu penduduk. Ia termasuk bagi denda letak kenderaan, kesalahan trafik, dan bantuan kewangan serta sosial serta sebuah flat sewa.
Mohamaed Ameen seorang pengganggur dikatakan melakukan serangan itu di bawah pengaruh dadah, yang dikesan melalui pemeriksaan air kencingnya serta mempunyai sejarah sebagai penagih dadah selama enam tahun.
Bagi kesalahan menyerang Dr Tan, Ameen boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga S$5,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.