Lelaki dijel, rotan selepas kegiatan memancing jadi insiden kejar-mengejar dengan pengawal pantai
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah kapal ronda kelas PC 3 Siri di atas air semasa mengejar sebuah "kapal haram" sebagai sebahagian daripada demonstrasi bagi media pada 27 Jun. (Gambar fail: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang terlibat dalam insiden kejar-mengejar dengan Polis Pengawal Pantai selepas memasuki perairan Singapura secara haram dijatuhi hukuman penjara empat bulan enam minggu dan tiga sebatan rotan pada Jumaat (9 Mei).
Muhammad Rasidi A Razak, 28 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan mengemudi botnya secara melulu dan satu tuduhan memasuki Singapura secara haram.
Tuduhan ketiga, iaitu gagal menghentikan botnya apabila diperintahkan berbuat demikian oleh pegawai pengawal pantai dipertimbangkan dalam menentukan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Rasidi, seorang warga Malaysia, bekerja sebagai pengemudi bot sepenuh masa selama kira-kira satu bulan pada masa itu.
Dia mengemudi sebuah bot kaca gentian (fibreglass) bermotor.
Pada bulan Mac, dua individu, Kiew Yuke Hua dan Surinarayanan Subramaniam, menghubungi Rasidi bagi mengatur perjalanan untuk memancing pada 18 April.
Pada pagi hari perjalanan tersebut, Rasidi bertemu dengan mereka di sebuah jeti di Johor dan mereka bertolak kira-kira pukul 8.00 pagi. Mereka memancing sehingga lewat pukul 1.00 petang.
Rasidi kemudian mengemudi botnya ke perairan dekat Pulau Sarimbun, yang berhampiran dengan pantai barat laut Singapura.
Ini meskipun Rasidi tahu bahawa dia tidak sepatutnya pergi dekat dengan perairan Singapura dalam jarak 100 meter, kata Timbalan Pendakwa Raya Law Yan An.
Kira-kira pukul 2.00 petang, seorang pegawai pengawal pantai yang sedang membuat rondaan melihat bot tersebut 1 meter dari pantai Pulau Sarimbun.
Ini adalah kira-kira 0.27 batu nautika dalam perairan wilayah Singapura.
Apabila melihat kapal pengawal pantai, Rasidi panik dan segera memecut ke arah perairan Malaysia, kata Encik Law.
Pegawai pengawal pantai mengaktifkan lampu berkelip polis pada kapalnya dan mengejar bot Rasidi.
Walaupun ruang terhad dan perairan cetek, Rasidi mengemudi botnya dengan kelajuan tinggi untuk mengelak daripada pegawai pengawal pantai.
Semasa insiden kejar-mengejar itu, pegawai pengawal pantai cuba memintas bot Rasidi tetapi dia terus bergerak dengan kelajuan tinggi.
Ini menyebabkan perlanggaran yang mencampakkan dua penumpangnya ke dalam air.
Rasidi cuba menggerakkan bot untuk menyelamatkan mereka. Dia tidak mematuhi arahan pegawai pengawal pantai untuk berhenti, sebaliknya mengemudi ke arah kapal pengawal pantai dan menyebabkan perlanggaran kedua.
Hanya apabila pegawai pengawal pantai mengeluarkan pistol perkhidmatannya dan meminta Rasidi berhenti barulah dia berbuat demikian.
Kedua-dua penumpang kemudian dibawa naik ke atas kapal.
Pegawai pengawal pantai mengalami luka kecil pada kakinya, dan terdapat calar-calar pada kapal pengawal pantai.
Sebuah kapal pengawal pantai kedua tiba dan pegawai-pegawai menjalankan pemeriksaan ke atas bot Rasidi.
Mereka tidak menemui sebarang dokumen perjalanan yang sah, dan menangkap ketiga-tiga orang tersebut.
Dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Rasidi memohon belas kasihan Hakim kerana dia adalah pesalah kali pertama, pencari nafkah tunggal keluarganya dan perlu menjaga ibu dan makciknya yang sakit.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara seperti yang diminta oleh pihak pendakwa, tetapi memberikan Rasidi tiga sebatan rotan berbanding empat sebatan atas pertimbangan ini adalah kesalahan pertamanya.
Hukuman bagi memasuki Singapura secara haram adalah penjara sehingga enam bulan dan sekurang-kurangnya tiga sebatan rotan.
Atas kesalahan mengemudi kapal secara melulu yang membahayakan nyawa manusia, pesalah boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.