Skip to main content

Singapura

Lelaki dijel; pecah masuk rumah dan rakam wanita sedang mandi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun tertarik hati dengan seorang wanita yang tinggal di kondominium yang sama lalu mencatatkan nombor unit rumah wanita tersebut. 

Lewat bulan itu, lelaki berkenaan memasuki apartmen wanita tersebut menerusi balkoninya yang tidak ditutup dan merakam video mangsa sedang mandi. 

Lelaki itu dihukum penjara 10 bulan dan 14 minggu pada Rabu (9 Mac) setelah mengaku bersalah atas tiga tuduhan mengintai dan pecah masuk rumah. Empat lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. 

Identiti lelaki itu  tidak boleh didedahkan untuk melindungi wanita dan alamat mangsa di mana kejadian itu berlaku. 

Pada pagi 29 Julai 2020, lelaki itu telah pergi ke apartmen mangsa. Apabila mendapati tiada orang di ruang tamu rumah tersebut, dia pun membuka pintu di balkoni lalu masuk. 

Tertuduh ternampak mangsa sedang mandi melalui bayangan di cermin bilik air, dan merakam dua video menggunakan telefon bimbitnya, masing-masing sekitar dua minit. Dia kemudian, meninggalkan rumah itu melalui balkoni. 

Mangsa menghubungi polis untuk membuat aduan bahawa beliau ternampak seorang lelaki cuba memanjat jendela bilik tidurnya lima minit sebelum itu. 

Mangsa menyatakan  tertuduh melarikan diri apabila beliau menjerit. 

Mahkamah diberitahu bahawa lelaki ini pernah membuat rakaman video seorang lagi wanita di kondominium tersebut. 

Pada 11 Mei 2020, tertuduh berjalan-jalan mencari apartmen untuk diintai. 

Dia mendapati sebuah apartmen di mana langsir bilik tidur tidak ditutup rapi. Dia pun berdiri di luar jendela dan merakam video seorang wanita yang keluar dari bilik mandi. Pada 3 Jun, lelaki itu sekali lagi merakam video wanita tersebut. 

Lelaki itu diberkas pada 29 Jun 2020 dan telefon bimbitnya dirampas. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita