Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki dijel kerana pukul kanak-kanak autistik di taman permainan tertutup Yishun

Seorang lelaki berusia 28 tahun yang memukul budak lelaki autistik berumur lima tahun di sebuah taman permainan tertutup di Yishun, dijatuhi hukuman penjara selama seminggu hari ini (4 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel kerana pukul kanak-kanak autistik di taman permainan tertutup Yishun

Petikan gambar video yang dimuat naik.

Diterbitkan : 04 Jun 2019 04:39PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 04:41PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang memukul budak lelaki autistik berumur lima tahun di sebuah taman permainan tertutup di Yishun, dijatuhi hukuman penjara selama seminggu hari ini (4 Jun).

Soo Wen Jie, seorang penyelia operasi berusia 28 tahun, berada di Sunshine Childhood Playland di Northpoint City, bersama isteri dan dua anaknya, yang masing-masing berusia 10 bulan dan 20 bulan, ketika dia memukul kanak-kanak itu pada 9 Apr tahun lalu.

Video yang merakamkan insiden tersebut dan menjadi viral, dimainkan di mahkamah pada Selasa (4 Jun). Kanak-kanak berkenaan kelihatan sedang mencuba mengambil mainan berbentuk penyodok berwarna biru daripada Soo yang sedang memegangnya. Soo bagaimanapun enggan memberi mangsa mainan tersebut.

Pada masa kejadian, tiada orang yang berada di kemudahan itu kecuali Soo dan keluarganya.

Mangsa sekali lagi mencuba untuk mengambil mainan itu dan apabila gagal, dia menjadi marah lalu memukul bahagian belakang tubuh Soo. Mahkamah diberitahu, Soo kemudian membuang mainan tersebut ke tepi agar mangsa tidak mendekatinya lagi.

Ketika mangsa cuba memeluknya dari belakang tidak lama selepas itu, Soo sekali lagi menolaknya.

Kanak-kanak berkenaan memukul bahagian belakang Soo sebagai tindak balas. Soo lantas bangun, menghayunkan tangan kanannya lalu memukul bahagian atas tubuh mangsa. Ini menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke belakang dan terbaring di atas papan gelongsor.

Ibu mangsa terdengar kekecohan yang sedang berlaku lalu ke ruang kanak-kanak bermain. Mahkamah difahamkan keluarga mangsa kemudian meninggalkan tempat permainan itu tidak lama kemudian.

Pada malam yang sama, sedang ibu mangsa memandikannya, kanak-kanak tersebut mengadu rasa sakit di bahagian perutnya. Pada saat itulah ibunya memutuskan untuk menghubungi pihak taman permainan dan meminta rakaman CCTV. Beliau memfailkan aduan polis pada keesokan harinya.

Meminta Soo dipenjara selama seminggu, Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling berkata kesalahan dilakukan ke atas seorang mangsa yang tidak berdaya dan mangsa tidak hanya mengalami kecederaan secara fizikal tetapi juga psikologi.

Mangsa terpaksa menjalani rawatan sehari selepas insiden berlaku dan laporan perubatan mengesahkan bahawa ada pembengkakan pada bahagian perutnya.

Mangsa juga tidak dapat tidur nyenyak dan sering mengigau, kata pendakwa. Apabila ibu mangsa memeluknya, dia menangis dan berkata: "Uncle jahat pukul saya". Dia juga bertanya: "Mengapa dia pukul saya?".

Pendakwa menambah bahawa Soo mempunyai pilihan lain untuk menangani situasi semasa kejadian, seperti meminta bantuan pihak pengurusan taman permainan atau mencari ibu bapa mangsa.

Peguam bela Soo bagaimanapun mengatakan bahawa anak guamnya tidak tahu bahawa mangsa autistik.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan