Lelaki dijel kerana cuba sogok polis, belasah orang
Seorang warga China dikenakan hukuman penjara tujuh bulan semalam (4 Dis) kerana mencederakan seseorang dan kemudian cuba menyogok seorang pegawai polis yang terlibat dalam kes tersebut.
Gambar fail seseorang yang digari.
SINGAPURA: Seorang warga China dikenakan hukuman penjara tujuh bulan semalam (4 Dis) kerana mencederakan seseorang dan kemudian cuba menyogok seorang pegawai polis yang terlibat dalam kes tersebut.
Lei Yanchen melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan pada 6 Ogos tahun ini, menurut pihak polis dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan bersama.
Lei terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki, bernama Zhong Bo yang dia syaki ada hubungan sulit dengan isterinya. Lei kemudian memukul kepala Zhong menggunakan sebuah “objek yang kelihatan seperti pemukul”.
Sedang dia mendapatkan rawatan perubatan untuk Zhong di Hospital Besar Ng Teng Fong, Lei cuba menyelitkan wang sebanyak S$50 ke dalam kocek Sarjan Mervyn Pea Jia Wei yang sedang mengendalikan kes tersebut. Wang tersebut sebagai sogokan supaya pegawai polis itu melepaskannya.
Sarjan berkenaan menolak wang itu dan menangkap Lei. Kes tersebut kemudian dirujuk kepada CPIB.
Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dikenakan denda sehingga S$100,000, dihukum penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.