Lelaki dijel; guna butiran kad kredit dari Telegram buat bayar tempahan teksi, Burger King

Gambar fail: DAMIEN MEYER/AFP
SINGAPURA: Seorang lelaki memasuki kumpulan sembang Telegram yang mengedarkan butiran kad kredit yang dicuri dan menggunakannya untuk membuat tempahan teksi dan pesanan Burger King bernilai ratusan dolar.
Pesalah berulang, Muhammad Syawal Kamis, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu minggu pada Isnin (7 Feb).
Dia mengaku bersalah ke atas tiga tuduhan menipu. Dua lagi tuduhan turut diambil kira.
Mahkamah mendapati bahawa Syawal menjumpai kumpulan Telegram itu sebelum 21 November 2020 di mana butiran kad kredit yang dicuri diedarkan.
Dia menemui satu set butiran yang dikeluarkan oleh Bank of Oklahoma dan memutuskan untuk menggunakan butiran tersebut bagi akaun tempahan teksi ComfortDelGro.
Antara 21 November 2020 dengan 23 Disember 2020, Syawal sudah menempah perjalanan teksi sebanyak 34 kali sehingga mesej ralat muncul di akaunnya.
Syarikat teksi itu mengesan urus niaga palsu berjumlah S$562.91 dan membuat aduan polis pada Februari tahun 2021.
Syawal juga menggunakan butiran kad kredit daripada kumpulan Telegram itu di akaun Burger King beberapa minggu sebelum kejadian. Antara 8 Februari 2021 dengan 2 Mac 2021, dia memesan makanan daripada restoran makanan segera itu sebanyak tujuh kali menggunakan pelbagai kad kredit asing.
Seorang akauntan yang bekerja di Burger King Singapura membuat aduan polis pada awal Mac 2021 dan mengatakan bahawa syarikat itu mengesan urus niaga palsu berjumlah S$225.40.
Syawal juga menggunakan dua butikan kad kredit untuk membeli dua kotak berjumlah S$28 daripada sebuah syarikat bernama Jaguar 3R Ventures pada Mac 2021.
Pendakwa raya tidak menjatuhkan hukuman kepada Syawal kerana dia sudah membayar balik jumlah dicuri sepenuhnya.
Namun, Syawal merupakan pesalah bentan sejak 2003. Dia menerima probesyen atas kesalahan jenayah pecah amanah.
Selama bertahun-tahun, dia sudah menerima hukuman latihan reformasi dan dipenjara untuk jenayah seperti mencuri dan jenayah pecah amanah.
Dalam rayuannya, Syawal meminta diberikan hukuman penjara lebih singkat. Dia berkata bahawa dia mempunyai anak dan isteri di Indonesia. Dia bekerja sebagai tukang cat namun syarikatnya terjejas teruk akibat pandemik.
Hakim memberitahu Syawal bahawa tuduhan terhadapnya serius, namun berkata walaupun Syawal sudah membayar balik wang yang dicuri sepenuhnya, dia tetap mempunyai senarai panjang sabitan lampau.
Hakim Ho membenarkan Syawal menangguhkan hukumannya hingga 28 Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.